Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Monday, September 4, 2023

 SEJARAH TG 3 BAB 3 ( Credit To Cg. Anas )

NOTA BAB 3

3.1 KEKAYAAN HASIL BUMI DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG

 

Kekayaan Hasil Bumi Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan Dan Pahang.

 

  Bijih Timah

       Abad 15 – Perlombongan di lembah sungai,

        kegunaan tempatan dan diperdagang, surat tauliah.

       Abad 16, 17 – Perak, tertumpu di Sungai Perak,

        Kuala Kangsar, Kelian Intan.

       Abad ke 18 – Perak, di Larut, Terong, Beruas.

        Selangor di Kuala Sungai Selangor.

       Abad 19 – Perak, di Larut, Lembah Kinta. Selangor,

        di Jugra, Kuala Lumpur, Lukut.

 

  Emas

       Di kawasan Jalur Emas, sebahagian besar di Pahang.

       Lokasi – Sungai Tembeling, Sg Jelai, Sg Semantan

        Raub, Tui, Tersang, Selinsing

       Abad 16, 17 – Mendulang, melampan;  orang  

        Melayu, Asli

       Abad 18 – Melampan; orang Cina

       Abad 19 – Lombong dedah, lombong bawah tanah ;

        orang Eropah

 

3.2 PERLUASAN KUASA BRITISH

 

Strategi Manipulasi Yang Digunakan British Di Perak.

 

  Perang Larut

       Ramai pelombong cina, berlaku pergaduhan Ghee

        Hin dan Hai San

       Pergaduhan menjejaskan perdagangan

       Golongan pelabur Eropah meminta British campur

        tangan

 

  Perebutan Takhta

       Raja Abdullah (Raja Muda) tidak ditabalkan menjadi

        Sultan kerana tidak hadir upacara permakaman

       Raja Ismail (Raja Bendahara) ditabalkan

       Raja Yusuf (Raja di Hilir) menuntut hak

       Andrew Clarke campur tangan, menyokong Raja

        Abdullah dan menamatkan perang Larut.

Strategi Maipulasi British Di Selangor.

 

Perang Klang

       Raja Abdullah; dapat hak mentadbir Klang dari

        Sultan – berjaya memajukan Klang

       Raja Mahadi; putera Raja Sulaiman (petadbir Klang)

        – menuntut hak mentadbir Klang yang sebelum ini

        di bawah ayahandanya.

       Tunku Kudin mendapat bantuan British untuk

        tamatkan perang

 

 Strategi Manipulasi Di Negeri Sembilan.

 

       Persaingan pembesar

       Sungai Linggi laluan penting; dapat hak memungut

        cukai

       Antara Dato Kelana, Dato Syahbandar dan Dato

        Muda Linggi

       Dato Kelana mendapat bantuan British

        mengalahkan Dato Syahbandar

       British memperoleh hak mengutip cukai

 

Strategi Desakan Di Selangor.

 

  Rompakan Kapal Dagang British

       Dirompak berdekatan perairan Kuala Langat

 

  Serangan Rumah Api ; 1874, di Tanjung Rachado

       Mendesak Sultan atas alasan gagal mengawal dan

        mewujudkan keselamatan perairan Selangor

 

Strategi Desakan Di Pahang.

 

Kematian lelaki berbangsa Cina bernama Goh Hui

       Tiada kekacauan berlaku

       British tiada ruang untuk campur tangan

       Sultan Ahmad amat berhati hati dengan rundingan 

       1887- British meminta bantuan Sultan Abu Bakar

       1888- Kematian lelaki berbangsa Cina bernama Goh

        Hui yang didakwa rakyat British di perkarangan

        Istana. 

       Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan

        British

       Atas alasan, Sultan tidak mampu mewujudkan

        keadilan dan kententeraman awam

 

Strategi Perjanjian Yang Digunakan Oleh British.

 

Perjanjian Pangkor 1874

 

       Raja Abdullah diiktiraf Sultan Perak

       Raja Ismail dibenar memakai gelaran Sultan Muda

       Sultan menerima seorang Residen

       British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di

        Perak Perjanjian British-Selangor 1875

       British membantu Sultan memerintah negeri

       Briitish menghantar J.G Davidson menetap di Klang

dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor

 

 

Perjanjian British-Sg Ujong 1874

       Dato Kelana diiktiraf pemerintah Sg ujong

       British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di

Sg Linggi

 

Perjanjian British-Pahang 1887

       British menempatkan seorang wakil yang

        mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang

       British bertanggungjawab menjaga

keamanan Pahang

       Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian

        dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British

 

Sistem Residen

 

  Peranan

       Menasihati Raja-Raja Melayu dalam semua hal

        ehwal pentadbiran kecuali berkaitan dengan

agama Islam dan adat Melayu

       Semua nasihat hendaklah dipatuhi dan diikuti.

 

  Residen Negeri

       Perak – J.W.W. Birch

       Pahang – J.P. Rodger

       Selangor – J.G. Davidson

       Negeri Sembilan – Martin Lister

 

  Ciri ciri Sistem Residen

       Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan

       Nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi

        boleh membuat undang undang

       Sultan dan pembesar kehilangan kuasa pentadbiran

        dan pungutan cukai.

       Residen mengambil alih pentadbiran

       Jabatan jabatan dan sistem bercorak British

        digunakan

 

3.3 PEMBENTUKAN NEGERI NEGERI MELAYU BERSEKUTU

 

Ciri-ciri Negeri Negeri Melayu Bersekutu

       Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan

        Pahang

       Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan

        persekutuan

       Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral

        dalam semua perkara kecuali yang berkaitan agama

        Islam dan adat Melayu

       Kuala Lumpur mrnjadi pusat pentadbiran

       Juga dikenali sebagai Persekutuan 1896

 

 

Faktor Pembentukan Negeri Negeri Melayu Bersekutu   

  Mengatasi Kelemahan Sistem Residen  

       Tiada panduan jelas 

       Semakin berkuasa 

       Raja dan pembesar tidak berpuas hati kerana

        kehilangan kuasa       

  Menyeragamkan Pentadbiran            

       Mempunyai undang undang sendiri  

       Kemajuan negeri tidak seimbang        

       Memerlukan pentadbiran cekap

         

  Menjamin Keselamatan Negeri          

       Pasukan keselamatan sendiri

       Menjaga keamanan tanpa bantuan luar           

 

  Menangani  Masalah Kewangan Negeri Pahang

       Gabungan negeri negeri Melayu kaya               

       Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat          

        membantu mengurangkan beban    kewangan

negeri Pahang            

         

3.4 PENTADBIRAN NEGERI NEGERI MELAYU BERSEKUTU    

 

Pentadbiran Negeri Negeri  Melayu Bersekutu melalui Majlis Mesyuarat.

         

  Majlis Mesyuarat Negeri     

 

    Ditubuhkan selepas British campur tangan     

    Dipengerusikan oleh Raja Melayu      

       Menggubal undang                 undang                 dan         membantu pentadbiran                

       Tidak lagi berkuasa selepas NMMB ditubuhkan

       Pentadbiran diambil alih Residen Jneral           

       Kuasa Raja Melayu terhakis

         

  Majlis Mesyuarat Persekutuan  

 

    1909 – British menandatangani perjanjian  bersama

        Raja Raja Melayu 

       Berkuasa meluluskan undang undang di Negeri

        Negeri Melayu Bersekutu      

       British mengawal undang undang dan kewangan 

       Kuasa diberikan kepad Persuruhjaya Tinggi British

       Menjejaskan kewibawaan Raja raja Melayu sebagai

        ahli biasa

    British membentuk Durbar

    Mendapatkan sokongan Raja raja Melayu


POPULAR POST