Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Monday, September 4, 2023

 SEJARAH TG 3 BAB 3 ( Credit To Cg. Anas )

NOTA BAB 3

3.1 KEKAYAAN HASIL BUMI DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG

 

Kekayaan Hasil Bumi Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan Dan Pahang.

 

✓  Bijih Timah

•       Abad 15 – Perlombongan di lembah sungai,

        kegunaan tempatan dan diperdagang, surat tauliah.

•       Abad 16, 17 – Perak, tertumpu di Sungai Perak,

        Kuala Kangsar, Kelian Intan.

•       Abad ke 18 – Perak, di Larut, Terong, Beruas.

        Selangor di Kuala Sungai Selangor.

•       Abad 19 – Perak, di Larut, Lembah Kinta. Selangor,

        di Jugra, Kuala Lumpur, Lukut.

 

✓  Emas

•       Di kawasan Jalur Emas, sebahagian besar di Pahang.

•       Lokasi – Sungai Tembeling, Sg Jelai, Sg Semantan

        Raub, Tui, Tersang, Selinsing

•       Abad 16, 17 – Mendulang, melampan;  orang  

        Melayu, Asli

•       Abad 18 – Melampan; orang Cina

•       Abad 19 – Lombong dedah, lombong bawah tanah ;

        orang Eropah

 

3.2 PERLUASAN KUASA BRITISH

 

Strategi Manipulasi Yang Digunakan British Di Perak.

 

✓  Perang Larut

•       Ramai pelombong cina, berlaku pergaduhan Ghee

        Hin dan Hai San

•       Pergaduhan menjejaskan perdagangan

•       Golongan pelabur Eropah meminta British campur

        tangan

 

✓  Perebutan Takhta

•       Raja Abdullah (Raja Muda) tidak ditabalkan menjadi

        Sultan kerana tidak hadir upacara permakaman

•       Raja Ismail (Raja Bendahara) ditabalkan

•       Raja Yusuf (Raja di Hilir) menuntut hak

•       Andrew Clarke campur tangan, menyokong Raja

        Abdullah dan menamatkan perang Larut.

Strategi Maipulasi British Di Selangor.

 

✓ Perang Klang

•       Raja Abdullah; dapat hak mentadbir Klang dari

        Sultan – berjaya memajukan Klang

•       Raja Mahadi; putera Raja Sulaiman (petadbir Klang)

        – menuntut hak mentadbir Klang yang sebelum ini

        di bawah ayahandanya.

•       Tunku Kudin mendapat bantuan British untuk

        tamatkan perang

 

 Strategi Manipulasi Di Negeri Sembilan.

 

•       Persaingan pembesar

•       Sungai Linggi laluan penting; dapat hak memungut

        cukai

•       Antara Dato Kelana, Dato Syahbandar dan Dato

        Muda Linggi

•       Dato Kelana mendapat bantuan British

        mengalahkan Dato Syahbandar

•       British memperoleh hak mengutip cukai

 

Strategi Desakan Di Selangor.

 

✓  Rompakan Kapal Dagang British

•       Dirompak berdekatan perairan Kuala Langat

 

✓  Serangan Rumah Api ; 1874, di Tanjung Rachado

•       Mendesak Sultan atas alasan gagal mengawal dan

        mewujudkan keselamatan perairan Selangor

 

Strategi Desakan Di Pahang.

 

✓ Kematian lelaki berbangsa Cina bernama Goh Hui

•       Tiada kekacauan berlaku

•       British tiada ruang untuk campur tangan

•       Sultan Ahmad amat berhati hati dengan rundingan 

•       1887- British meminta bantuan Sultan Abu Bakar

•       1888- Kematian lelaki berbangsa Cina bernama Goh

        Hui yang didakwa rakyat British di perkarangan

        Istana. 

•       Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan

        British

•       Atas alasan, Sultan tidak mampu mewujudkan

        keadilan dan kententeraman awam

 

Strategi Perjanjian Yang Digunakan Oleh British.

 

Perjanjian Pangkor 1874

 

•       Raja Abdullah diiktiraf Sultan Perak

•       Raja Ismail dibenar memakai gelaran Sultan Muda

•       Sultan menerima seorang Residen

•       British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di

        Perak Perjanjian British-Selangor 1875

•       British membantu Sultan memerintah negeri

•       Briitish menghantar J.G Davidson menetap di Klang

dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor

 

 

Perjanjian British-Sg Ujong 1874

•       Dato Kelana diiktiraf pemerintah Sg ujong

•       British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di

Sg Linggi

 

Perjanjian British-Pahang 1887

•       British menempatkan seorang wakil yang

        mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang

•       British bertanggungjawab menjaga

keamanan Pahang

•       Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian

        dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British

 

Sistem Residen

 

✓  Peranan

•       Menasihati Raja-Raja Melayu dalam semua hal

        ehwal pentadbiran kecuali berkaitan dengan

agama Islam dan adat Melayu

•       Semua nasihat hendaklah dipatuhi dan diikuti.

 

✓  Residen Negeri

•       Perak – J.W.W. Birch

•       Pahang – J.P. Rodger

•       Selangor – J.G. Davidson

•       Negeri Sembilan – Martin Lister

 

✓  Ciri ciri Sistem Residen

•       Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan

•       Nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi

        boleh membuat undang undang

•       Sultan dan pembesar kehilangan kuasa pentadbiran

        dan pungutan cukai.

•       Residen mengambil alih pentadbiran

•       Jabatan jabatan dan sistem bercorak British

        digunakan

 

3.3 PEMBENTUKAN NEGERI NEGERI MELAYU BERSEKUTU

 

Ciri-ciri Negeri Negeri Melayu Bersekutu

•       Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan

        Pahang

•       Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan

        persekutuan

•       Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral

        dalam semua perkara kecuali yang berkaitan agama

        Islam dan adat Melayu

•       Kuala Lumpur mrnjadi pusat pentadbiran

•       Juga dikenali sebagai Persekutuan 1896

 

 

Faktor Pembentukan Negeri Negeri Melayu Bersekutu   

✓  Mengatasi Kelemahan Sistem Residen  

•       Tiada panduan jelas 

•       Semakin berkuasa 

•       Raja dan pembesar tidak berpuas hati kerana

        kehilangan kuasa       

✓  Menyeragamkan Pentadbiran            

•       Mempunyai undang undang sendiri  

•       Kemajuan negeri tidak seimbang        

•       Memerlukan pentadbiran cekap

         

✓  Menjamin Keselamatan Negeri          

•       Pasukan keselamatan sendiri

•       Menjaga keamanan tanpa bantuan luar           

 

✓  Menangani  Masalah Kewangan Negeri Pahang

•       Gabungan negeri negeri Melayu kaya               

•       Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat          

        membantu mengurangkan beban    kewangan

negeri Pahang            

         

3.4 PENTADBIRAN NEGERI NEGERI MELAYU BERSEKUTU    

 

Pentadbiran Negeri Negeri  Melayu Bersekutu melalui Majlis Mesyuarat.

         

✓  Majlis Mesyuarat Negeri     

 

•     Ditubuhkan selepas British campur tangan     

•     Dipengerusikan oleh Raja Melayu      

•       Menggubal undang                 undang                 dan         membantu pentadbiran                

•       Tidak lagi berkuasa selepas NMMB ditubuhkan

•       Pentadbiran diambil alih Residen Jneral           

•       Kuasa Raja Melayu terhakis

         

✓  Majlis Mesyuarat Persekutuan  

 

•     1909 – British menandatangani perjanjian  bersama

        Raja Raja Melayu 

•       Berkuasa meluluskan undang undang di Negeri

        Negeri Melayu Bersekutu      

•       British mengawal undang undang dan kewangan 

•       Kuasa diberikan kepad Persuruhjaya Tinggi British

•       Menjejaskan kewibawaan Raja raja Melayu sebagai

        ahli biasa

•     British membentuk Durbar

•     Mendapatkan sokongan Raja raja Melayu


NOTA SEJARAH TG 3 BAB 4 ( Credit to Cg. Anas )


4.1 PEMERINTAHAN KESULTANAN PERLIS, KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH DAN JOHOR

 

Pemerintahan Kesultanan Perllis.

✓  Latar Belakang

•       Terpisah daripada Kedah 1842

•       1843 – Maharaja Siam iktiraf Syed Hussin

        Jamalullail sebagai Raja Perlis

•       Istiadat pengisytiharan diadakan

 

✓  Pentadbiran

•       Pentadbiran daripada kalangan pembesar tempatan 

•       Raja Muda – Tuan Syed Abdullah

•       Perdana Menteri – Dato Arau

•       Dibahagikan kepada 22 buah mukim

 

✓  Perundangan

•       Berdasarkan Undang Undang Kesultanan Kedah

•       Menitik berat kebajikan masyarakat

 

Pemerintahan Kerajaan Kedah.

✓  Latar Belakang

•       Bermula pada abad ketujuh – kerajaan terawal di tanah .    melayu. Diasaskan oleh Maharaja derba raja dari parsi.

•       Pertapakan Islam pada abad ke 12

•       Sistem pemerintahan Islam

 

✓  Pentadbiran

•       Diketuai oleh seorang Sultan, pembesar dan

        disokong undang – undang

•       Pembahagian wilayah

•       Mukim-mukim yang dikendalikan dalam kalangan

        penghulu

 

✓  Perundangan

•       Kanun undang-undang Kedah pertama 1650 –

        memberi hak kepada raja dan pemerintah

•       Lima bab undang-undang

•       Undang-undang 1060H

•       Tembera Dato Seri Paduka Tuan 1075

•       Hukum Kanun Dato Setar, Adat Bunga Emas

•       Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besar

•       Adat Meminang dan Undang undang 1199

 

 

 Pemerintahan Kesultanan Kelantan

 Latar Belakang

•       Wujud sebelum abad ke 17

•       Long Yunus berjaya menyatukan Kerajaan

        Kelantan

•       Pertelingkahan antara Kelantan dan Terengganu 

•       Kelantan Membuat persetiaan dengan Siam bagi

        mengelakkan ancaman Terengganu

 

✓  Pentadbiran

•      Sultan dibantu pembesar.

•       Sistem Jemaah Menteri

•       Dibahagikan kepada jajahan

•       Peringkat bawah, dijalankan oleh Tok Kweng

 

✓  Perundangan

•       Perlaksanaan undang-undang syarak semasa Pemerintahan

Sultan Muhammad 

 

 Pemerintahan Kesultanan Terengganu

 Latar Belakang

•       Diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin I

•       Negeri paling akhir menerima Penasihat British

 

✓  Pentadbiran

•       Sultan dibantu oleh pembesar

•       Sistem penghulu

•       Sultan Zainal Abidin III dibantu oleh Tengku

        Musa, Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim

•       Dato Mata Mata – menyambut kedatangan pelawat

•       Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan

 

✓  Perundangan

•       Berasaskan prinsip keadilan Islam

•       Tengku Musa – Ketua Jabatan Makhamah 

•       1911 Undang Undang Bagi Diri Kerjaan Negeri

        Terengganu

•       Hakim makhamah dipilih secara teliti

 

Pemerintahan di Kesultanan Johor.

 Latar Belakang

•       Keturunan Sultan Melaka berakhir 1699.

•       Selepas tahun 1699 Kesultanan Johor diperintah oleh

keturunan Bendahara

•       Konflik politik membolehkan keturunan Temenggung Daeng

        Ibrahim menjadi pemerintah

•       Diganti oleh Daeng Abu Bakar

 

✓  Pentadbiran

•       Maharaja Abu Bakar, - zaman pemodenan johor

•       Majlis Jemaah Diraja Johor

•       Dato Seri Amar Diraja, Dato Bentara Dalam

•       Jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan

 

✓  Perundangan

•      Undang-Undang Tubuh kerajaan johor

 

 

4.2 PERLUASAN KUASA BRITISH

 

Faktor perluasan kuasa British di Kedah, Perlis, Kelantan Terengganu

 

✓  Kedudukan Strategik

•       Penting kepada perdagangan British

•       Kedah dan Terengganu terletak di laluan

        perdagangan antara Siam dan Singapura.

 

✓  Menghalang Kemasukan Kuasa Barat

·         Penampan usaha usaha kuasa Barat lain untuk campur tangan

·         Perancis, Jerman, Amerika, Rusia

 

✓  Kemakmuran dan Kekayaan Hasil Bumi

·         Kedah, Perlis: Pertanian dan penternakan

                menjadi sumber bekalan makanan

·         Kelantan, Terengganu: Pembuatan

 

✓  Beban orang Putih

·         Siam melakukan kekejaman di negeri negeri

                Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

·         Slogan Beban Orang Putih digunakan British

 

✓  Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang

•       British Ingin menghubungkan Burma yang

        dikuasai dengan Pulau Pinang dan Singapura

•       Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di

antara Burma dan Pulau Pinang bolehkan British mempunyai rangkaian terus perhubungan India

 

 

Peristiwa kearah Perjanjian Bangkok.

 

•      Negeri negeri Melayu mempunyai hubungan

        rapat dengan Siam

•       Siam menganggap negeri naungan

•       Negeri Melayu menganggap hantar bunga emas

        sebagai Persahabatan.

•       Pengaruh Siam kurang menyenangkan british

•       Menyedari konfrontasi bersemuka akan

merugikan, Bristish menggunakan strategi Perjanjian

 

✓  Perjanjian Sulit 1897

·          6 April 1897

·          British memastikan tidak ada kuasa lain

        meluaskan pengaruhnya ke atas Kedah,

        Kelantan, Terangganu.

 

·          Britsih mengakui hak pertuanan Siam ke atas

        negeri tersebut.

 

✓  Perjanjian Sempadan

·          29 November 1899

·         menyatakan sekiranya jajahan Kesang hendak dijual oleh sultan, kesang antara hendaklah ditawarkan dulu kepada British

•       Menetapkan sempadan di negeri Perak, Kelantan,

        Terengganu, Pahang dan Kedah. 

·          Menyelesaikn masalah sempadan diantara Perak

        dan Reman (Siam)

 

#      Perjanjian 1902

·          6 Oktober 1902

·          Siam mengawal hubungan luar negeri Kelantan

        dan Terengganu.

·          Negeri negeri ini tidak boleh menyerahkan

        konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam.

 

✓ Januari 1908-Januari 1909

– Draf perjanjian dirangka dan dipersetujui

 

✓ 10 Mac 1909

 – Perjanjian ditandatangani

 

 

Kronologi Perjanjian Bangkok.

 

✓  April 1907 - Rundingan British dan Siam 

✓  Jun 1907 – Pejabat tanah Jajahan benarkan usaha

        rundingan

✓  13 September 1907-Strobel menemui Putera Damrong bagi

        menyampaikan hasrat British

✓  November 1907- Hasrat British diisampaikan kepada Raja

        Siam

 

 

 

 

 

 

4.3 PERLUASAN KUASA BRITISH DI JOHOR

 

Faktor kemajuan dan kemakmuran Johor

 

✓     Perkembangan pesat dalam ekonomi komersial;

        pertanian

✓     Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah

✓     Kemunculan golongan pentadbir, menjalankan tugas

        dengan berkesan

✓     Pemodenan dalam pelbagai bidang 

 

Strategi British menguasai Johor.

 

✓ Perjanjian 1855

·          British dengan Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim

 

✓ Perjanjian Setia 1885

•       Antara Johor dan British

•       hanya menerima seorang ejen;

·         peranan sama dengan pegawai Konsul dan lebih rendah dari Penasihat

✓ Tahun 1879

·          Gabenor NNS mencadangkan British menempatkan

        Residen British di Johor

 

✓ Usaha manipulasi

·          Memanipulasi kedudukan kewangan Johor;

·         menawarkan pinjaman 200 000 dollar untuk membiyai pembinaan kereta api

 

#      12 Mei 1914

•       Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian dengan

        Sir Arthur Henderson Young, Gabenor NNS.

•       Jawatan Konsul ditukar kepada Penasihat Am British

 

 

4.4 PENTADBIRAN NEGERI NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU.

 

Kesan perluasan kuasa British terhadap pentadbiran NNMTB

 

✓  Pengekalan Kedudukan Sultan

•       Tidak mengubah kedudukan Sultan

•       Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa

•       Sultan mempunyai kuasa dalam hal agama dan adat

        istiadat Melayu

•       Kedudukan pembesar dikekalkan

•       Pembesar tidak mengutip cukai, diberikan elaun dan

        pencen

 

✓  Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional

•       Sistem Jemaah Menteri, Majlis Negeri dan Undang

        undang Tubuh Kerajaan diteruskan

•       Pembesar Melayu jadi peneraju

•       Sistem perkhidmatan awam sendiri

 

✓  Pengenalan Birokrasi Barat

•       Penasihat British menentukan dasar pentadbiran –

        mengurangkan kuasa sultan, pembesar

•       Jabatan baharu diperkenal

•       Pasukan polis diwujudkan

•       Mula mengamalkan pentadibran cara barat,

•       Makhamah sivil

•       Pegawai British dibawa masuk

 

POPULAR POST