Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Wednesday, January 27, 2021

KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN

 

 JIKA PELAJAR MENGGUKAN TELEFON SILA KLIK VIEW WEB VERSION DI BHGN BAWAH UNTUK VIEW YG LEBIH BAIK

 Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal

 Pengenalan Kepada Kecergasan Fizikal - ppt download

Pengenalan Kepada Kecergasan Fizikal - ppt downloadPengenalan Kepada Kecergasan Fizikal - ppt download

 Pengenalan Kepada Kecergasan Fizikal - ppt download

Tuesday, January 26, 2021

TAZKIRAH : SIAPAKAH SEBAIK-BAIK MANUSIA?

 SIAPAKAH SEBAIK-BAIK MANUSIA?

Terdapat 11 golongan "sebaik-baik manusia" menurut hadis sahih.

1. RASULULLAH SAW bersabda:
(خيركم من تعلم القرآن وعلمه)
صحيح البخاري 5027
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya."
(HR. Bukhari 5027)

2. RASULULLAH SAW bersabda:
(خياركم أحاسنكم أخلاقا)
صحيح البخاري6035
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya "
(HR. Bukhari 6035)

3. RASULULLAH SAW bersabda:
(خيركم أحسنكم قضاء)
أي عند رد القرض .
صحيح البخاري رقم 2305
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik dalam membayar (mengembalikan hutang)
(HR. Bukhari 2305)

4. RASULULLAH SAW bersabda:
(خيركم من يُرجى خيره ويُؤمٓن شره)
صحيح الترمذي / 2263
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling boleh diharapkan kebaikannya dan aman dari keburukannya"
(HR. Tirmidzi 2263)

5. RASULULLAH SAW bersabda:
(خيركم خيركم لأهله)
صحيح ابن حبان / 4177
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya"
(HR. Ibnu Hibban : 4177)

6. RASULULLAH SAW bersabda:
(خيركم من أطعم الطعام وردَّ السلام)
صحيح الجامع / 3318
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang memberi makan (kepada orang lain) dan menjawab salam"
(Shahih Al Jami' 3318)

7. RASULULLAH SAW bersabda:
(خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة)
الترغيب والترهيب 234/1
أي: يفسح لمن يدخل الصف في الصلاة .
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik dalam meluaskan tempat (bagi orang masuk dalam saf) dalam solat."
(Targhib wa Tarhib 1/234)

8. RASULULLAH SAW bersabda:
(خير الناس من طال عمره وحسن عمله)
صحيح الجامع 3297
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya."
(Shahih al Jami' 3297)

9. RASULULLAH SAW bersabda:
(خير الناس أنفعهم للناس)
صحيح الجامع 3289
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain."
(Shahih al Jami' 3289)

10. RASULULLAH SAW bersabda:
(خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره)
صحيح الأدب المفرد/84
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah orang yang paling baik terhadap sahabatnya. Sebaik-baik tetangga di sisi Allah adalah orang yang paling baik terhadap tetangganya"
(Shahih Adabul Mufrod : 84)

11. RASULULLAH SAW bersabda:
(خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم واللِّسان الصَّادق) قالوا : صدوق اللسان نعرفه، فما مخموم القلب ؟ قال :
(هو النقي، التقي، لا إثم عليه، ولا بغي، ولا غل، ولا حسد).
صحيح الجامع / 3291
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang memiliki hati yang makhmum dan lisan yang jujur."
Para sahabat bertanya : Lisan yang jujur kami faham, maka apa yang dimaksud dengan hati yang makhmum?
Baginda bersabda : "orang yang memiliki hati bersih dan bertakwa, tidak ada dosa, tidak berbuat zalim, serta tidak ada kebencian dan hasad"
(Shahih al Jami' 3201)

جعلني الله واياكم من خير الناس
Semoga Allah Ta'ala menjadikan kita semua sebagai orang yang terbaik, amin.

اللهم صل على محمد وآل محمد

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


Amalkan cara hidup sihat
  • Bersenam selalu
  • Makan secara sihat
  • Tidak Merokok
  • Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
  • Belajar teknik relaksasi (muzik, meditasi dan lain-lain)
Had dan kurangkan makanan bergoreng dan berlemak...
  • Kurangkan kekerapan pengambilan makanan bergoreng
  • Pilihlah makanan yang rendah lemak
  • Ambil kuih yang berminyak dalam kuantiti yang sedikit
  • Buang kulit dan lemak daripada ayam atau daging sebelum makan
  • Pilihlah makanan yang rendah kandungan lemak tepu dan kolestrol
Pilih makanan dan minuman yang kurang gula...
  • Hadkan pengambilan makanan manis dan bergula
  • Kurangkan miuman yang manis da berkarbonat
  • Gunakan panel maklumat pemakanan untuk membuat perbandingan jumlah gula didalam sesuatu produk
  • Berhati2 dengan pemanis tiruan
Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan....
  • Makan sekurang-kurangnyer 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan
  • Makan sekurang-kurangnyer satu jenis buah pada setiap waktu makan
  • Pelbagaikan jenis buah dan sayur
  • Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur Contoh : nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah/sayur, pecal)
  • Jadikan buah sebagai snek
  • Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda

Makan bijirin penuh, kekacang dan biji-bijian....
  • Makan sarapan berasaskan bijirin pehug seperti oat, jagung dan capati
  • Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh
  • Cuba gantikan arau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang
  • Makan makanan seperti tauhu, tempe dan kacang panggang beberapa kali seminggu
  • Makan kekacang atau biji-bijian beberapa kali seminggu Contoh : biji selasih dalam minuman atau kuih yang ditabur bijan

 

Piramid Makanan - AMALAN HIDUP SIHAT

POPULAR POST