Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Wednesday, September 16, 2020

Trip Ke China kali ke 2

 

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



 Trip kali ini aku pergi bersama isteri dan anak yang paling kecil. waliuddin. 

seperti yang aku telah katakan dulu pelan asal untuk ke china kali pertama adalah bersama isteri tetapi terpaksa bertukar plan pergi bersama adik aku. kali ini isteri menuntut supaya pelan untuk pergi bersama dengannya dilaksanakan. heheheh.

seperti biasa tiket awal perlu dibeli untuk mendapatkan harga yang murah. segala borang visa ke china dan booking hotel juga perlu disiapkan.

trip kali ini adalah pada bulan disember seperti pada tahun lepas. maklumlah cuti sekolah. seperti yang dijangka  bulan disember di china  adalah musim sejuk. musim sejuk bermula pada bulan november hingga bulan februari. 

tarikh perjalanan pada kali ini ialah 5 disember 2018 hingga 9 disember 2018.

untuk trip kali ini tiket penerbangan adalah dari kuala lumpur ke hangzhou china. distinasi yang dituju adalah bandar Yiwu, china. pada tahun lepas aku telah pun ker yiwu tetapi penerbangan dari kuala lumpur ke shanghai. dari shanghai baru menuju ke yiwu.

boarding pass pukul 8.10 pagi 5 dec. jadi kami perlu bermalam di airport untuk memudahkan dan mengelakkan masalah sekiranya bermalam di luar. sebaiknya untuk international flight perlu check in di airport 2 jam sebelum berlepas.

bermalam di airport adalah menjadi kebiasaan bagi org selalu travel dan ramai penumpang atau pelancong lain juga bermalam di airport. suasana di airport sentiasa sibuk sepanjang malam.

perjalanan mengambil masa  5 jam. lebih kurang pukul 1.10 tengahari kami sampai di airport hangzhou.

satu pengalaman baru dialami disini. petugas di hangzhou tidaklah begitu mesra. kami terpaksa beratur panjang dan pada masa ini anak kecil mula merenget. mungkin tidak selesa dengan pampers yang sudah lama tidak ditukar. walaupun anak kecil menangis dan meraung, petugas airport tidak memperdulikan kami, padahal terdapat kaunter untuk orang tua dan ibu mengandung disitu. kebetulan isteri aku mengandung hampir tujuh bulan. kembar pulak tu. tapi tidak dihiraukan oleh mereka. kami terpaksa beratur hingga tiba giliran kami.

bandar yiwu terletak dalam wilayah hangzhou, jadi perjalanan dari hangzhou airport ke yiwu tidaklah jauh.

kali ini aku menggunakan bus untuk ke yiwu. terminal bas hanya terletak bersebelahan dengan terminal airport. setelah mendarat. semasa di malaysia lagi telah servey cara mudah untuk ke bandar yiwu dari hangzhou airport.

perjalan dari hangzhou airport ke bandar yiwu memakan masa lebih kurang 2 jam. bas bertolak dari hangzhou airport ke bandar yiwu lebih kurang jam 3 petang. kami sampai di yiwu bus station lebih kurang jam 5 petang. suasana di china jam 5 petang sudah gelap atau malam. 


Bersambung ke part 2


 

 

 


 

 bersambung dari part 1.

apabila sampai di stesen bas yiwu hari sudah gelap. kami keluar dan mencari teksi untuk ke hotel yang telah kami tempah. aku menahan sebuah teksi dan menunjukan kad hotel yg akan kami tuju tetapi pemandu teksi tak melayan aku. cuaca sangat sejuk dan hujan gerimis mulai turun. sangat susah untuk mencari teksi pada waktu ini. aku mengambil keputusan untuk berjalan sahaja ke hotel tersebut. oleh kerana aku pernah sampai disini pada tahun lepas jadi aku pasti jalan dan arah hotel tersebut. kami berjalan menyusuri jalan di yiwu sambil menolak troller baby. jarak antara stesen bas dan hotel aku agak lebih kurang dalam 1.5 km. jadi kami berjalan santai sambil melihat suasana malam di yiwu. 


kami berhenti beberapa kali dan akhirnya sampai di hotel yang telah kami tempah. yiwu outing fashion hotel. kali kedua aku sampai.

   

 Yiwu Outing Fashion Hotel - Futian International Trade Mall, Yiwu,  Zhejiang, China booking and map.

 

hotel ini telah ditukar nama.


aku selesa untuk memilih hotel ini kali kedua kerana servis dan location hotel ini berhampiran dengan yiwu international trade center.

juga terdapat banyak restoran islam disini antaranya retoran islam mongol, restoran arab dan restoran china muslim.

terdapat juga supermarket halal jadi senanglah untuk mencari barang keperluan harian.

 

 

 

 

 

 

cuaca kali ini sangat sejuk, lebih sejuk dari tahun lepas. agak susah untuk bergerak bersama dengan anak kecil. bimbang keselamatan dan kesihatan waliuddin. tapi wali nampak ceria jer. pergerakkan dengan menolak troler baby agak terbatas. 

walaupun cuaca di luar sangat sejuk tapi keadaan di dalam bangunan atau dalam yiwu international trade centre amat nyaman. mereka menggunakan heater dalam bangunan mereka. begitu juga dalam kenderaan samaada kereta, bas atau train mereka mneggunakan pemanas kenderaan.
 
menyusuri yiwu international trade centre agak meletihkan bayangkanlah panjang bangunan ini lebih kurang 5km tanpa putus. beberapa batang jalan raya berada dibawah bangunan yang panjang ini. namun begitu rasa letih kurang terasa kerana suasana yang sejuk dan nyaman. deretan kedai menjual pelbagai barangan secara borong disetiap pelusuk bangunan ini. kalau di malaysia kita boleh ke GM kelang untuk membeli barangan secara borong begitulah disini. dan disini adalah pusat pembelian borong yang terbesar didunia. bangunan ini mempunyai 12 lorong dan 5 tingkat. di kiri dan kanan lorong adalah deretan kedai sepanjang lebih kurang 5km. rasanya dikatakan terdapat 16 ribu buah kedai disini.
empat hari disini tidak dapat menjenguk kesemua kedai. dikatakan terdapat semua barang diniagakan disini dari sekecil barang seperti jarum hinggalah sebesar barang seperti mesin dan jentera.


Yiwu Market | Tadex Trade


About Yiwu Futian Market Yiwu Wholesale Market YiwuSell Official Website


Yiwu Market (futian market) Visit Tips—checklist - Yiwu Wholesale Market  Navigation 

 Yiwu Market China Discrict 2 Guide,Yiwu Market District 2

bersambung part 3




kehadiran di yiwu kali ini bukanlah untuk memborong barang tetapi lebih kepada membawa isteri melancong dalam pada itu bolehlah juga membeli barang yang boleh dijual di terengganu. kali ini barang yang dibeli adalah peralatan perkhemahan. dan barang barang keperluan sekolah anak-anak.
2 jenis khemah yang dibeli iaitu 2 men tent dan 4 men tent, khemah jenis baru yang pasang siap. oder barang di kedai kemudian mereka akan menghantar barangan yang di oder ke gudang yang kita dah deal untuk dihantar ke malaysia menggunakan kapal kargo.

suasana di yiwu sangat menarik, terdapat ramai pelancong asing disini. mereka semua datang untuk memborong barang untuk dijual di negara mereka. maklumlah yiwu adalah pusat pemborong terbesar di dunia.

pernah sekali menegur seorang pelancong kulit hitam dari negara afrika, beliau terkejut dapat berbicara dengan aku kerana menyangka aku orang cina, pengalamanya orang cina tidak boleh berbicara dalam bahasa inggeris dengan baik. setelah diterangkan aku datang dari malaysia barulah dia tersenyum dan mohon maaf. katanya aku boleh berbahasa inggeris dengan baik. hehehe padahal broken english jer pun.

satu lagi pengalaman bertemu dengan pelancong dari negara sebelah balkan. negara yang stan-stan tu. lupa doh negara mana. apabila diterangkan aku datang dari malaysia, beliau sangat teruja dan mengatakan kepada aku yang aku ingat hingga hari ini. "Malaysian is the best muslim in the world" dari aspek mana yang dia menilai aku tak pasti tapi ayat ini dikeluarkan oleh seorang islam dari luar negara. bangga sekejap.

pada trip kali ini tak dapat membawa isteri ke pasar malam yiwu kerana suasana sangat sejuk. bimbang akan keselamatan waliuddin. pasar malam yiwu juga satu tempat yang menarik. pasar malam yang sangat panjang dan ada 4 lorong, macam macam barang yang dijual disini dan harga nya sangat berpatutan , boleh tawar menawar lagi.



setelah berada disini selama 3 hari tibalah masa untuk pulang ke tanah air. berlaku beberapa peristiwa tak terduga semsa dalam perjalanan balik. isteri aku mencadangkan untuk bertolak lebih awal ke airport. mungkin dia bimbang terlepas flight balik. flight kami pada pukul 11 malam, plan asal nak balik ke hangzhou mengguna speed train pasal trip yag pertama hari tak sempat naik speed train.

kami tukar plan untuk memudahkan sampai ke airport kami putuskan naik bas sepertimana kami datang dari hangzhou airport hari tu dengan bas. jadi senang terus sampai ke airpot. selepasa solat zohor dan asar jamak, kami terus bergerak ke stesen bas, setelah beratur membeli tiket untuk tiga orang kali menungg di stesen bas. jadual bas kami pukul 6 petang. cuaca semakin sejuk,setelah hampir jam 5 petang hari semakin gelam maklumlah waktu malam di china lebih awal. 

tiba tiba kelihatan sedikit kekalutan di terminal bas laluan ke airport. aku cuba bertanya kepada pegawai yang bertugas tetapi beliau tidak tahu berbahasa inggeris. mujurlah ada seorang penumpang menerangkan kepada aku yang bas terlibat dalam kesesakan lalulintas yang teruk. aku bertanya yang flight aku ke kuala lumpur pada pukul 11 malam adakah sempat. beliau merasakan yang aku tak akan sempat sekiranya menunggu bas. aku membuat keputusan untuk keluar dari stesen bas menuju ke stesen keretapi yiwu. aku ke kaunter untuk refund semula harga tiket, setelah beratur hanya dapat separuh sahaja refund, rasa terkilan juga kerena masalah di pihak pengusaha tapi pengguna yang perlu menanggung kerugian.

keluar dari stesen bas untuk mencari teksi ke stesen keretapi yiwu. suasana semakin sejuk, salji kelihatan mula turun. first time melihat salji turun. sangat mengujakan. satu lagi masalah timbul, driver teksi di china tidak tahu berbahasa inggeris. 'train station' pun tak tahu. nak dapatkan teksi pun susah kerana hari semakin gelap dan akhirnya dapatlah teksi untuk ke stesen keretapi hyiwu berkongsi dengan penumpang yang lain. tak apalah asalkan sampai di stesen keretapi. tiba di stesen keretapi aku menempah tiket speed train ke hangzhou. hehehe dapat jugak naik speed train.


sampai di stesen keretapi yiwu salji semakin lebat turun, dapatlah berjalan dalam suasana salji dan bermain-main dengan salji.

setibanya di stesen keretapi hangzhou terus bergerak ke bus department untuk ke airport. memang dah disediakan transit untuk ke hangzhou airpot dari stesen keretapi hangzhou. jam lebih kurang pukul 9 mlm. perasaan lega mula terbayang di wajah isteriku, sebelum ini wajahnya nampak gusar dan bimbang. aku biasa saja kerena aku yakin akan sempat sampai di airport dalam masa yang ditentukan.

sepanjang perjalan dari stesen keretai ke airport kelihtan salji mula memenuhi bandar hangzhou.

setibanya di hangzhou airport jam menunjukkan lebih kurang pukul 9.30 mlm. kami pun beratur untuk check in. setelah check ini kami keluar sekali lagi dari airport untuk membawa waliuddin bermain salji di luar airport. selepas itu kami masuk ke balai berlepas dan solat jamak maghrib dan isyak. flight kami delay 1 jam kerana cuaca agak buruk dengan salji semakin lebat. 
 
 
 
flight berlepas dalam pukul 12 malam dan sampai di kuala lumpur jam 5.15 pagi. kami bergegas mengambil bagasi dan solat subuh, flight kami ke kuala terengganu jam 6.30 pagi. setelah bergegas ke terminal berlepas dalam negeri kami telah tidak dibenarkan masuk kerana terlewat. aku ke kaunter khidmat pelanggan untuk membuat aduan yang kami terlewat kerana flight delay dari hangzhou. kami diberikan tiket baru ke kuala terengganu tanpa charge ke kuala terengganu jam 1 tengahari.


No comments:

Post a Comment

POPULAR POST