Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Monday, September 4, 2023

 SEJARAH TG 3 BAB 3 ( Credit To Cg. Anas )

NOTA BAB 3

3.1 KEKAYAAN HASIL BUMI DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG

 

Kekayaan Hasil Bumi Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan Dan Pahang.

 

✓  Bijih Timah

•       Abad 15 – Perlombongan di lembah sungai,

        kegunaan tempatan dan diperdagang, surat tauliah.

•       Abad 16, 17 – Perak, tertumpu di Sungai Perak,

        Kuala Kangsar, Kelian Intan.

•       Abad ke 18 – Perak, di Larut, Terong, Beruas.

        Selangor di Kuala Sungai Selangor.

•       Abad 19 – Perak, di Larut, Lembah Kinta. Selangor,

        di Jugra, Kuala Lumpur, Lukut.

 

✓  Emas

•       Di kawasan Jalur Emas, sebahagian besar di Pahang.

•       Lokasi – Sungai Tembeling, Sg Jelai, Sg Semantan

        Raub, Tui, Tersang, Selinsing

•       Abad 16, 17 – Mendulang, melampan;  orang  

        Melayu, Asli

•       Abad 18 – Melampan; orang Cina

•       Abad 19 – Lombong dedah, lombong bawah tanah ;

        orang Eropah

 

3.2 PERLUASAN KUASA BRITISH

 

Strategi Manipulasi Yang Digunakan British Di Perak.

 

✓  Perang Larut

•       Ramai pelombong cina, berlaku pergaduhan Ghee

        Hin dan Hai San

•       Pergaduhan menjejaskan perdagangan

•       Golongan pelabur Eropah meminta British campur

        tangan

 

✓  Perebutan Takhta

•       Raja Abdullah (Raja Muda) tidak ditabalkan menjadi

        Sultan kerana tidak hadir upacara permakaman

•       Raja Ismail (Raja Bendahara) ditabalkan

•       Raja Yusuf (Raja di Hilir) menuntut hak

•       Andrew Clarke campur tangan, menyokong Raja

        Abdullah dan menamatkan perang Larut.

Strategi Maipulasi British Di Selangor.

 

✓ Perang Klang

•       Raja Abdullah; dapat hak mentadbir Klang dari

        Sultan – berjaya memajukan Klang

•       Raja Mahadi; putera Raja Sulaiman (petadbir Klang)

        – menuntut hak mentadbir Klang yang sebelum ini

        di bawah ayahandanya.

•       Tunku Kudin mendapat bantuan British untuk

        tamatkan perang

 

 Strategi Manipulasi Di Negeri Sembilan.

 

•       Persaingan pembesar

•       Sungai Linggi laluan penting; dapat hak memungut

        cukai

•       Antara Dato Kelana, Dato Syahbandar dan Dato

        Muda Linggi

•       Dato Kelana mendapat bantuan British

        mengalahkan Dato Syahbandar

•       British memperoleh hak mengutip cukai

 

Strategi Desakan Di Selangor.

 

✓  Rompakan Kapal Dagang British

•       Dirompak berdekatan perairan Kuala Langat

 

✓  Serangan Rumah Api ; 1874, di Tanjung Rachado

•       Mendesak Sultan atas alasan gagal mengawal dan

        mewujudkan keselamatan perairan Selangor

 

Strategi Desakan Di Pahang.

 

✓ Kematian lelaki berbangsa Cina bernama Goh Hui

•       Tiada kekacauan berlaku

•       British tiada ruang untuk campur tangan

•       Sultan Ahmad amat berhati hati dengan rundingan 

•       1887- British meminta bantuan Sultan Abu Bakar

•       1888- Kematian lelaki berbangsa Cina bernama Goh

        Hui yang didakwa rakyat British di perkarangan

        Istana. 

•       Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan

        British

•       Atas alasan, Sultan tidak mampu mewujudkan

        keadilan dan kententeraman awam

 

Strategi Perjanjian Yang Digunakan Oleh British.

 

Perjanjian Pangkor 1874

 

•       Raja Abdullah diiktiraf Sultan Perak

•       Raja Ismail dibenar memakai gelaran Sultan Muda

•       Sultan menerima seorang Residen

•       British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di

        Perak Perjanjian British-Selangor 1875

•       British membantu Sultan memerintah negeri

•       Briitish menghantar J.G Davidson menetap di Klang

dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor

 

 

Perjanjian British-Sg Ujong 1874

•       Dato Kelana diiktiraf pemerintah Sg ujong

•       British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di

Sg Linggi

 

Perjanjian British-Pahang 1887

•       British menempatkan seorang wakil yang

        mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang

•       British bertanggungjawab menjaga

keamanan Pahang

•       Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian

        dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British

 

Sistem Residen

 

✓  Peranan

•       Menasihati Raja-Raja Melayu dalam semua hal

        ehwal pentadbiran kecuali berkaitan dengan

agama Islam dan adat Melayu

•       Semua nasihat hendaklah dipatuhi dan diikuti.

 

✓  Residen Negeri

•       Perak – J.W.W. Birch

•       Pahang – J.P. Rodger

•       Selangor – J.G. Davidson

•       Negeri Sembilan – Martin Lister

 

✓  Ciri ciri Sistem Residen

•       Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan

•       Nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi

        boleh membuat undang undang

•       Sultan dan pembesar kehilangan kuasa pentadbiran

        dan pungutan cukai.

•       Residen mengambil alih pentadbiran

•       Jabatan jabatan dan sistem bercorak British

        digunakan

 

3.3 PEMBENTUKAN NEGERI NEGERI MELAYU BERSEKUTU

 

Ciri-ciri Negeri Negeri Melayu Bersekutu

•       Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan

        Pahang

•       Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan

        persekutuan

•       Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral

        dalam semua perkara kecuali yang berkaitan agama

        Islam dan adat Melayu

•       Kuala Lumpur mrnjadi pusat pentadbiran

•       Juga dikenali sebagai Persekutuan 1896

 

 

Faktor Pembentukan Negeri Negeri Melayu Bersekutu   

✓  Mengatasi Kelemahan Sistem Residen  

•       Tiada panduan jelas 

•       Semakin berkuasa 

•       Raja dan pembesar tidak berpuas hati kerana

        kehilangan kuasa       

✓  Menyeragamkan Pentadbiran            

•       Mempunyai undang undang sendiri  

•       Kemajuan negeri tidak seimbang        

•       Memerlukan pentadbiran cekap

         

✓  Menjamin Keselamatan Negeri          

•       Pasukan keselamatan sendiri

•       Menjaga keamanan tanpa bantuan luar           

 

✓  Menangani  Masalah Kewangan Negeri Pahang

•       Gabungan negeri negeri Melayu kaya               

•       Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat          

        membantu mengurangkan beban    kewangan

negeri Pahang            

         

3.4 PENTADBIRAN NEGERI NEGERI MELAYU BERSEKUTU    

 

Pentadbiran Negeri Negeri  Melayu Bersekutu melalui Majlis Mesyuarat.

         

✓  Majlis Mesyuarat Negeri     

 

•     Ditubuhkan selepas British campur tangan     

•     Dipengerusikan oleh Raja Melayu      

•       Menggubal undang                 undang                 dan         membantu pentadbiran                

•       Tidak lagi berkuasa selepas NMMB ditubuhkan

•       Pentadbiran diambil alih Residen Jneral           

•       Kuasa Raja Melayu terhakis

         

✓  Majlis Mesyuarat Persekutuan  

 

•     1909 – British menandatangani perjanjian  bersama

        Raja Raja Melayu 

•       Berkuasa meluluskan undang undang di Negeri

        Negeri Melayu Bersekutu      

•       British mengawal undang undang dan kewangan 

•       Kuasa diberikan kepad Persuruhjaya Tinggi British

•       Menjejaskan kewibawaan Raja raja Melayu sebagai

        ahli biasa

•     British membentuk Durbar

•     Mendapatkan sokongan Raja raja Melayu


No comments:

Post a Comment

POPULAR POST