Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Tuesday, August 18, 2020

TRIP KELUARGA KE ACHEH DIY 2020

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 

 TRIP KELUARGA KE ACHEH DIY 2020

 sebenarnya aku ingin berkongsi pengalaman melancong DIY. dan Trip kali ni adalah ke Acheh Indonesia.

baru baru ni aku dan famili telah pergi ke Acheh DIY. Untuk trip kali ini tiket airasia telah lama ditempah. kebetulan harga promosi tiket airasia ke acheh

sebelum ini sudah beberapa kali aku melancong ke luar negara tapi kali ini membawa semua ahli keluarga dan ibu. hajat untuk membawa keluarga melancong ke luar negara memang telah lama aku simpan tapi oleh kerana kos yang tinggi jadi aku hold dahulu.

untuk trik ke Acheh ini, kebetulan dapat tiket promosi AirAsia. jadi terus aku minta isteri tempah untuk sekeluarga. 

keluarga kakak juga berminat untuk ikut serta dan sama-sama menempah tiket. jadi Trip kali ini melibatkan dua buah famili. keluarga aku 9 org , ibu dan keluarga kakak 6 org.

Tarikh perjalan adalah pada  4 hingga 7 mac 2020. Tempahan tiket lebih awal lagi hihihi. hampir setahun lebih awal. nakkan tiket murah, kenalah banyak bersabar.

setelah tiket ditempah kenalah buat home work tentang apa yang ada di acheh. tempat2 yang menarik, suasana dan lokasi yang akan dilawati.

alhadulillah dengan bantuan irfan, student malaysia yang belajar di acheh banyak memudahkan urusan di acheh.

Jadual Perbelanjaan.

1. Tiket Flight Airasia dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh (perga-balik).   -  RM100.00 x 10 Org   = RM 1000.00

2. Hotel. RedDoor Syariah -  RM 32.00 x 2 bilik x 3 hari = RM 192.00

3. Sewa kereta ( Avanza ) - RM 70.00 x 3 hari = RM210.00

4. minyak kereta = RM 50.00 

5. Tourist Guide ( minta tolong pelajar malaysia di acheh ) = RM 250.00 (bahagi 2 dengan keluarga kakak)

6. Makan 10 org sepanjang 4 hari 3 malam = RM 500.00

7. tiket lawatan (muzium acheh, muzium tsunami, dll ) =RM 100.00

8. minyak kereta dan tol dari terengganu ke kuala lumpur = RM 400.00

9. Jumlah perbelanjaan(lebih/kurang). = RM 2600.00


jadual perjalanan ( 4 - 7 mac 2020 )

3 mac 2020 - 4.00 ptg - bertolak ke kuala lumpur

4 Mac - 8.00 pg - bertolak ke airport. Flight pukul 10.00 pagi

 

 

 

 

 Atas kapal PLD Apung yg hanyut ke daratan

 

  

 Kapal Atas Rumah

 

 

 Masjid Baitul Rahman

 




Masjid Rahmatullah


Kesan Runtuhan Akibat Tsunami


 

 Kubah Hanyut


 

 Airport Sultan Iskandar Muda


 

 Taman Gunongan


 

 Pantai Rahmatullah

 

 

 Makam Massal - Perkuburan Besar Mangsa Tsunami

 

 

 Muzium Tsunami

 

 


 

 

 

 

 

 














Bergambar di Makam Syiah Kuala (Sheikh Kuala) Acheh

No comments:

Post a Comment

POPULAR POST