Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Saturday, November 7, 2020

PLAN TRIP : ISTANBUL - TUNGGU AKU DATANG

 

Hagia Sophia Istanbul 

 Aya Sofya / Hagia Sophia

 Aya Sofya ataupun Hagia Sophia telah dibina sebagai lambang kemegahan empayar Byzantine Justinian pada tahun 536 SM.

Selepas penaklukan Uthmaniyyah ke atas kota Constantinople, bangunan yang pada asalnya gereja ini telah ditukarkan sebagai masjid pada sekitar tahun 1500. Dari ketika itu, terbinalah minaret dan juga madrasah.

Kini ruangan madrasah ini telah dijadikan sebagai kedai-kedai buku terguna. Manakala bangunan Aya Sofya ini sendiri telah dijadikan sebagai muzium.

Dianggap sebagai salah satu  daripada keajaiban dunia, Aya Sofya telah dibina dengan menggunakan 11,000 tenaga kerja. Setelah siap, ianya dikenali sebagai bangunan gereja Kristian yang terbesar di dunia buat beribu tahun lamanya.

 

  Masjid Fatih Istanbul

 Masjid Fatih

 Masjid Fatih adalah sebuah lagi masjid indah yang telah dibina oleh Sultan Mehmet setelah berjaya mengakhiri era Byzantine.

Istana yang dibina di atas bukit ini memiliki beberapa buah kubah dan minaret yang mencecah awan, ketinggian yang sesuai dengan statusnya sebagai masjid diraja pertama yang dibina di Istanbul.

Istana ini pada asalnya memiliki banyak ruangan berbeza seperti madrasah, dorm untuk penuntut ilmu, perpustakaan, pusat penjagaan, hospital, pasar, hamam dan makam. Namun, selepas melalui kebakaran yang besar, gempa bumi dan pembinaan jalan raya, yang tinggal hingga kini hanyalah ruang madrasah, perpustakaan, pusat penjagaan dan makam.

Untuk pengetahuan anda, di masjid ini jugalah letaknya makam Sultan Mehmet.

 

Yedikule Hisari

 

Kubu Yedikule (Yedikule Hisari)

 Kubu Yedikule telah dibina pada abad ke-5 oleh pembesar Theodosius II sebagai kubu pertahanan di bahagian selatan Constantinople.

Setelah ditakluk oleh tentera Uthmaniyyah, tembok ini dijadikan sebagai kubu pertahanan mereka dan seterusnya sebagai penjara dan tempat hukuman dijalankan.

Sekiranya ke sini, anda dapat naik sehingga ke puncak kawasan ini untuk menyaksikan pemandangan yang menggetarkan jiwa sekitar lautan Marmara.

 

Hippodrome

Hippodrome Istanbul
Sumber: tourmakerturkey.com

Nak tahu salah satu lokasi paling purba di Istanbul ni? Jawapannya adalah Hippodrome. Hippodrome telah mula dibina oleh Septimius Severus pada tahun 203 Masihi dan disiapkan pada tahun 330 Masihi oleh Constantine the Great.

Kawasan ini pada ketika itu telah dijadikan sebagai pusat sosial masyarakat awam Byzantine dan lokasi untuk pelbagai pertarungan dan permainan.

Kini, tidak begitu banyak sisa Hippodrome yang tinggal, melainkan tembok-tembok galeri di bahagian selatan. Di bahagian tamannya pula (At Meydani) terdapat beberapa buah monumen. Manakala di bahagian barat lautnya pula terdapat sebuah pancuran air yang telah dihadiahkan oleh pembesar Jerman William II pada tahun 1898 kepada sultan Uthmaniyyah.

 

Miniaturk

Miniaturk Istanbul
Sumber: Sara Dira

Mula dibuka pada bulan Mei, 2003, Miniaturk adalah sebuah tarikan unik yang berkeluasan 650 kaki persegi menjadikan ianya sebuah taman tema dengan ruang pameran model-model bangunan mini yang terbesar di dunia.

Semasa berada di Miniaturk, anda dapat melihat lebih daripada 100 model bangunan ikonik dan 45 daripadanya adalah mercu tanda yang terkenal di Istanbul.

Sambil berjalan melihat bangunan mini di dalam taman ini anda juga boleh memasukkan tiket di dalam mesin-mesin yang disediakan di seluruh kawasan Miniaturk untuk mendengar informasi berkaitan model yang dilihat dalam bahasa Inggeris atau Turki.

 

Bazaar Rempah (Spice Bazaar)

Istanbul Spice Bazaar
Sumber: istanbulclues.com

Kalau Grand Bazaar adalah pasar yang terbesar di Istanbul, Bazaar Rempah pula adalah pasar yang paling meriah dengan warna-warni! Bukan sahaja berwarna-warni, bazaar ni juga sangat klasik kerana telah dibina dari tahun 1664 lagi!

Selain dapat merasa pengalaman bershopping di dalam pasar yang tua, anda juga boleh mencuba secara free kebanyakan makanan yang diniagakan di sini. Memang syoklah!

Apa sahaja rempah yang anda bayangkan, semuanya ada di sini! Tapi lagi baik sekiranya anda fokus kepada jenis rempah yang sememangnya berasal daripada negara Turki sendiri, antaranya adalah rempah Sumac, Pul Biber, Nar Ekşisi, Çörek otu dan Turkish Saffron. Barulah dapat betul-betul merasa dunia Turki!

 

Masjid Suleymaniye

Masjid Suleymaniye Istanbul
Sumber: We Love Istanbul

Masjid Suleymaniye telah dibina pada tahun 1550 atas arahan Sultan Suleyman dengan gabungan seni bina Byzantine dan Islam. Terletak di atas bukit, masjid ini merupakan salah satu mercu tanda terkenal di Istanbul.

Memasuki ruangan dalam masjid yang telah berusia lebih daripada 450 tahun ini, anda akan terpesona melihat keindahan kubahnya yang memiliki sentuhan rekaan penuh harmoni.

Di bahagian luarnya pula terdapat sebuah taman yang mendamaikan jiwa. Di dalam kawasan taman yang sama juga terletaknya makan Sultan Suleyman dan permaisurinya Haseki Hürrem Sultan.

 

Masjid Biru (Sultan Ahmet Camii)

Masjid Biru Istanbul Sultanahmet Camii
Sumber: Mehmet Çetin‎

Dibina antara tahun 1609 ke 1616, Masjid Biru mendapat namanya daripada dekorasi dalamannya yang menggunakan beribu jubin Iznik.

Keseluruhan pelusuk masjid ini, daripada seni binanya hinggalah kepada sentuhan dalamannya yang memiliki warna yang menyerlah, menjadikan Masjid Biru sebagai salah satu pencapaian tertinggi dalam seni bina Uthmaniyyah.

Masjid ini kini, masih lagi aktif digunakan sebagai tempat beribadah umat Islam. Apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini!

 

Muzium Arkeologi Istanbul

Muzium Arkeologi Istanbul
Sumber: Barceló Istanbul Hotel

Ditubuhkan pada tahun 1891, Muzium Arkeologi Istanbul adalah muzium yang paling awal dibina di negara Turki.

Untuk pengetahuan anda, kompleks muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian muzium berbeza iaitu Muzium Timur Purba, Muzium Arkeologi dan Pavilion Berjubin Sultan Mehmet.

Selain 3 muzium ini, terdapat satu lagi ruang pameran lain yang dinamakan “Istanbul Through the Ages” yang sangat menarik untuk dilihat sekiranya anda ingin memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah Istanbul.

Ingin lebih sebab untuk datang ke sini? Daripada kesemua 1 juta bahan pemeran yang ada di sini, salah satunya adalah keranda Alexander the Great.

 

Menara Galata

Menara Galata Istanbul
Sumber: TurkeyVisit Visa

Berdiri di puncak Menara Galata yang berketinggian sehingga 219 kaki atau 67 meter ini, anda dapat menyaksikan pemandangan yang luas dari sudut pandangan burung yang terbang sekitar bandaraya tua ini.

Menara Galata atau nama lamanya Menara Kristus ini, pada awal pembinaannya iaitu pada tahun 1348, adalah bangunan yang tertinggi di Istanbul.

Fungsi bangunan ini berubah dari masa ke masa daripada fungsi asalnya sebagai menara pemerhati tentera. Pada tahun 1717 pula menara ini digunakan sebagai menara pemerhati untuk mengesan sebarang kebakaran. Kini, Menara Galata lengkap dengan kafe, dek pemerhatian, restoran dan kelab malam.

 

The Grand Bazaar

The Grand Bazaar Istanbul
Sumber: Thomas Ng

Perkara paling menyeronokkan untuk dibuat semasa melancong selain daripada berjalan dan makan adalah bershopping. Apatah lagi kalau dapat bershopping di dalam sebuah tempat yang memiliki keistimewaan tersendiri. Kalau di Istanbul, salah satu tempat menarik di Istanbul untuk membeli-belah adalah The Grand Bazaar.

Yang menariknya tentang pasar ini adalah kerana ianya telah wujud sejak tahun 1461 lagi! Sangatlah tua! Di dalamnya terdapat sehingga 5,000 buah kedai yang menjual bermacam barangan seperti permaidani, perhiasan, rempah-ratus, seramik hasil tangan dan sebagainya!

Bagi pengumpul barang antik, The Grand Bazaar adalah syurga membeli-belah anda!

 

 

 

 

 

INFO PLAN TRIP ISTANBUL

penerbangan
Untuk ke Istanbul, beberapa syarikat penerbangan menawarkan perjalanan pergi balik dan transit ke Turki. Jadi antara pilihan yang anda boleh buat kalau perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ialah Malaysia Airlines (MAB) dan Turkish Airline (antara yang menjadi pilihan). Untuk destinasi Istanbul anda akan mendarat ini Istanbul Ataturk Airport di Istanbul.

 

IstanbulKart

Sebelum menaiki tram, anda mesti beli card tersebut dan boleh topup nama kad tersebut ialah "Istanbulkart". Yang paling bestnya kad ni,Istanbulkart ni boleh kongsi pakai. 

Contoh, kawan anda dah sentuh dan masuk stesen kemudian anda boleh guna kad kawan anda dan sentuh masuk menggunakan kad beliau. Menarik bukan? 

 

Tram

Dah naik tram, anda hendak ke mana? Ini disebabkan semua kawasan menarik di Istanbul berdekatan dengan stesen-stesen tram. Sebagai contoh Spice Baazar, Grand Baazar, Blue Mosque, Hagya Sofea dan tempat-tempat menarik. Jika terlepas tram jangan risau setiap 15 minit tram ulang alik.

Berikut adalah antara stesen-stesen Tram yang berhenti di kawasan menarik dan bersejarah di Istanbul.

  • Kabataş — Dolmabahçe Palace , Taksim connection with the funicular (F1 ) to go to the pier to the Princes Islands and Kadikoy .
  • Tophane — Museum of modern art in Istanbul
  • Karakoy —Connection Tünel funicular, (T) which will drop you on Istiklal Street .
  • Eminönü — Spice Market
  • Sirkeci — Train station and connection to the Marmaray
  • Sultanahmet — Topkapi Palace , Hagia Sophia , Blue Mosque, Basilica Cistern , Archaeology Museum.
  • Beyazit — Grand bazaar

 

 (Terima Kasih). - KitaReporters.com

 

 


money changer

Kalau boleh tukar duit Lira sikit je di Malaysia sebab kadar tukaran yang kurang memuaskan. Masa saya tukar haritu, kadar sebenar adalah RM1.08 = 1 TRY, tapi dapat RM1.20. 11% untung untuk money changer. Bayangkan macam ni, setiap RM1,000 anda tukar, RM110 habis dapat kat money changer je. Banyak tu! Kalau tukar ke Euro, keuntungan yang mereka ambil lebih rendah iaitu sekitar 1.4 – 2% je.

Bergantung kepada perbelanjaan anda di airport semasa arrival nanti, sebenarnya 100 Lira pun cukup dah untuk transfer dari airport, tapi kalau naik metro, lagi murah. Pada saya, orang kaya dan orang yang tak rancang perjalanan mereka sahaja yang jadi tukang kayakan syarikat teksi di airport Istanbul nanti.


SIMCARD

Sebelum anda transfer dari airport, saya cadangkan anda ambil dulu kad sim data daripada mana-mana kedai telco di arrival hall airport. Saya gunakan Turkcell iaitu company yang paling besar dan paling lama di Turki (tapi kiosk mereka kecil sahaja). Kos untuk data sahaja ialah 1 GB 100 Lira, 5 GB 125 Lira. Kalau nak guna selesa dan berkongsi dengan orang lain, ambillah 5 GB tu terus. Turkcell ni sampai Cappadocia pun dapat, so don’t worry.

airport transfer

 Transfer dari airport adalah kos paling besar pertama yang majoriti pelancong bayar ketika di Turki. Orang Turki rata-ratanya memang naik metro terus sebab stesen metro tak sampai 300 meter dari arrival hall international. Turun lift dah nampak pintu masuk stesen metro. Kalau dari domestic airport, jauh sikit jalannya. Kos untuk transfer airport adalah seperti berikut:

  • Metro: 6 Lira Istanbulkart + 2.6 Lira tambang  ke Yenikapi + 2.6 Lira tambang tram ke Sultanahmet = 11.2 Lira
  • Teksi kuning / Yellow Cab: Base fare 60 Lira + time + toll = ~ 90 – 120 Lira
  • Uber = 85 Lira
  • Airport transfer (melalui kiosk) = Bermula dari 100 Lira

Nampak kan bezanya macam langit dengan bumi. Kalau naik metro, anda confirm dapat tempat duduk sebab stesen kat airport paling hujung. Perjalanan dari airport ke Sultanahmet mengambil masa yang lebih kurang sama je sebab traffic jam.

Kalau tak nak tukar naik tram, naik metro sampai stesen Yenikapu kemudian naik teksi ke hotel anda. Kos teksi antara 15-25 Lira dari sini. Still lagi jimat.


puiblic transport

FYI. Istanbulkart tu wajib ada kalau jalan-jalan sekitar Istanbul. Macam kad Touch n Go cuma taklah dia nak tolak service charge kalau top up atau nak guna kat tempat lain macam nak masuk tandas. Ada tandas berbayar yang terima penggunaan Istanbulkart. Lagi satu, kalau beli tiket transit sekeping, harganya jadi 5 Lira untuk satu trip. Dengan Istanbulkart, 2.6 Lira je.

Macam yang saya share sebelum ni tentang persiapan sebelum ke Turki, guna app Trafi untuk tahu mana nak naik dan nak naik apa untuk ke lokasi yang anda ingin tujui. Senang je.


hotel

Saya book kediaman guna Booking.com. Untuk pengetahuan, booking.com ni blocked dalam Turki, tapi anda masih boleh guna kalau book dari Malaysia. No issue.

Bagi first timers, Sultanahmet adalah kawasan yang paling sesuai untuk anda sebab anda mesti nak lawati tempat wajib seperti Blue Mosque, Hagia Sophia & Topkapi. Hotel semua lebih kurang je, yang bezanya adalah saiz dan lokasi hotel.

Kalau nak adventure sikit dan nak lebih nilai, boleh tinggal di kawasan Karakoy. Masih lagi berdekatan dengan Sultanahmet dan kawasan ni pun merupakan kawasan yang wajib pergi sebab ada Galata Tower dan Istiklal Street. Kediaman kat sini lebih besar dan mewah pada kadar harga yang lebih kurang sama dengan yang ada di Sultanahmet. Highly recommended.

blue istanbul hotel

ferry trip

Kalau dah sampai Istanbul, naik feri adalah satu kewajipan sebab murah bangat! Kos perjalanan pergi balik 5.2 Lira dengan perjalanan sehala dalam 90 minit untuk pergi ke Prince Island @ Buyukada. Kalau tak nak jauh sangat, guna app Trafi dan cari route feri yang dekat-dekat seperti Uskudar atau Besiktas. Memang money well spent dengan bersiar-siar naik feri sekitar Istanbul.

Ada tour naik feri 12 Lira seorang kat jeti. Tapi saya tak naik tour tu. Macam tak perlu, cuma kalau nak dengar cerita pasal kota Istanbul, bolehlah try. Saya jalan dengan anak kecil, kurang fleksibiliti nak ikut tour ni semua

No comments:

Post a Comment

POPULAR POST