Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Tuesday, April 13, 2021

2017 DIY trip to YIWU CHINA

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم






Kali ini aku nak kongsi pengalaman trip kali pertama ke negara China DIY backpacker.

Trip kali ini aku pergi bersama adik aku hafizi. Plan asal nak pergi dengan wife dan anak yg paling kecil. Tapi oleh kerana umurnya belum sampai Satu tahun dan cuaca di China pada masa itu adalah musim sejuk jadi terpaksa batalkan niat itu untuk keselamatan. Belum pernah melancong di negara yang mempunyai 4 musim bimbang akan keselamatan anak kecil.

Jadi terpaksa tukar plan pergi dengan adik aku. 
Seperti biasa tiket perlu ditempah awal untuk dapatkan harga yang murah. Tiket airasia aku dapat harga RM500 pergi dan balik sorang. Asal plan Nak landing di Hangzhou Tapi sekali lagi tukar plan kerana tiket yg murah ke Hangzhou telah habis, terpaksa ambil tiket Kuala Lumpur ke Shanghai. 

Tempat tujuan adalah Yiwu, Bandar pemborong paling besar di Dunia. Yiwu world trade center. 
Jarak Antara Shanghai dan Yiwu lebih 600km.

Setelah mendarat di Shanghai pudong  international Airport kami keluar mencari bas untuk pergi ke stesen keretapi.

Ingat.. Persediaan travel diy mestilah rapi. Sebelum terbang ke Shanghai kena buat homework dulu. 

Kena plan awal transportation dari Satu tempat ke Satu tempat. Jadi plan kami, Setelah tiba di Shanghai kami akan menaiki bas dari pudong international Airport ke Shanghai South railway station. Jadi kami awal2 lagi dah servey nombor bas, harga tiket dan laluan yg akan dilalui melalui internet.

Flight kami dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 9mlm dan sampai di Shanghai pudong international Airport lebih kurang pukul 2pg. Jd kami tidur di Airport sementara tunggu waktu Pagi. 

Perjalanan dari Shanghai pudong Airport ke Shanghai South railway station memakan masa lebih kurang 30 minit menggunakan bas.
Setelah tiba di Shanghai South Station kami bergegas mencari kaunter tiket. Cuaca sangat sejuk, ini merupakan pengalaman pertama kami travel dalam musim sejuk. Persiapan awal telah kami sediakan. Baju jacket yg tebal dan sarung tangan adalah pakaian yang wajib. Susana di stesen keretapi di negara China adalah seperti suasana di airport. Pemeriksaan luggage dan kawalan keselamatan yang sangat ketat.


Setelah membeli tiket keretapi shanghai-yiwu Baru lah rasa lega. Bekal yang dibawa dikeluarkan untuk Makan Pagi. Ketika ini jam dalam pukul 10 Pagi. Bekalan makanan adalah wajib kerana untuk mencari makanan halal di China adalah sangat sukar terutamanya semasa dalam Perjalanan. Bekalan yang dibawa adalah nasi himpit Makan dengan serunding ikan. Heheh sangat sedap.

Sementara menunggu masa train berlepas hafizi keluar untuk membeli Sim card. Penggunaan Sim card China adalah sangat perlu kerana kita boleh menggunakan internet sepanjang Perjalanan nanti. 

Setelah lama menunggu train ke yiwu telah tiba Tapi hafizi belum sampai lagi. Panggilan terakhir telah kedengaran Baru lah hafizi sampai. Rasa sangat mencemaskan, mungkin kena beli tiket train seterusnya, mujur lah sempat.

Perjalanan dari Shanghai ke yiwu menggunakan keretapi lebih kurang 4 jam. Kami menggunakan train biasa kerana harga yang lebih murah. Kalu guna speed train atau bullet train hanya 2 jam sahaja. 
 
suasana dalam train agak selesa walaupun kami mengambil tiket kelas dua. satu pengalaman baru bagi kami adalah melihat mak cik tua menjual makanan dan kekacang dalam train. mereka menolak stall atau troli seperti pramugari menghidangkan makanan dalam kapal terbang. yang menariknya adalah mereka menerima cash atau tunai dan juga internet pay atau wechat pay. penggunaan cashless atau wechat pay sangat meluas disana. mak cik tua pun mahir menggunakan wechat pay. suasana di pasar malam pun sama. penggunaaan internet pay atau weechat pay sangat banyak digunakan hampir semua kedai boleh menggunakan internet pay. aku sendiri pada masa ini belum pernah menggunakan wechat pay. beli barang kemudian scan bayaran pada telefon masing-masing. walaupun hanya beli kacang sahaja. sangat menarik.
 
Sambungan part 2
 
 
 




Sambungan Dari part 1.


Yiwu International Trade City - Ancui

Perjalanan menuju ke Yiwu dari Shanghai agak selesa walaupun train kelas 2.. Sepanjang Perjalanan di luar tingkat dapat dilihat rumah penduduk tempatan hampir Sepanjang jalan selama 4 jam Perjalanan. Dari pengamatan ini jelaslah negara China mempunyai penduduk yang paling ramai di Dunia. Lebih Dari 1.4 billion orang. Semua rumah yang dilihat adalah bangunan yang dibuat daripada batu tiada satupun rumah yang dibuat daripada kayu. Ini mungkin kerana tamadun China adalah antara tamadun yang paling awal di dunia. Jadi revolusi pertukangan mereka telah lama berukar daripada penggunaan kayu kepada batu Bata. Ini adalah pandangan aku sahaja.
 
setelah tiba di stesen keterapi Yiwu,kami keluar dan melalui satu lagi pemeriksaan keselamatan. beg diperiksa rapi dan dimasukkan ke dalam mesin scan barangan. sama seperti di airport di negara kita. kami juga perlu mendaftar sebagai pelancong untuk melepasi kawalan keselamatan dan menuju ke bandar Yiwu.
 

 
setelah keluar dari stesen keretapi terdapat ramai pemandu teksi berlumba lumba mendapatkan pelanggan. kami telah memilih seorang pemandu teksi kerana beliau menawarkan teksi menggunakan meter. sebelum ini telah terbaca sekiranya melancong perlu menggunakan teksi bermeter utnuk memgelakkan penipuan.
 
kami dibawa menaiki teksi beliau, rupanya teksi beliau bukanlah teksi sebenar tetapi teksi sapu. tapi beliau menjelaskan menggunakan meter berbayar. terpaksalah naik kerana telah sampai di tempat kereta.
dalam perjalanan terasa tak sedap hati jer, mungkin kena tipu sekali lagi. aku telah menyuruh hafizi membuka google map dan memerhatikan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi ini. ternya beliau meggunakan jalan yang jauh dan meternya bergerak dengan cepat sekali.
setelah tiba di destinasi hotel yang telah ditempah, aku telah menawar harga yang dikenakan kerana agak tinggi lebih tinggi dari harga yang aku servey dalam internet sebelum ini. beliau terkejut kerana aku mengetahui harga yang biasa dikenakan perjalanan dari stesen keretapi ke hotel tersebut. 
 
oh ya hotel hendaklah ditempah lebih awal kerana untuk melancong ke negara china perlu memohon visa. syarat permohonan visa ialah tiket flight dan tempahan hotel.
hotel telah ditempah menggunakan aplikasi agoda.com. hotel yang kami tempah adalah Yiwu Outing Fashion Hotel. terletak berhadapan dengan Yiwu International Trade Centre. 
 
Yiwu Outing Fashion Hotel - Futian International Trade Mall, Yiwu,  Zhejiang, China booking and map.
 
kemudahan makanan halal juga banyak disini. ini kerana tempat ini merupakan tempat tumpauan pelancong dari seluruh dunia dan di Yiwu ini terdapat ramai penduduk china yang beragama islam. seronok melihat rakyat china yang beragama islam disekitar bandar Yiwu ini. Cara mereka berpakaian adalah seperti orang melayu, mereka bertudung. cuma pekaian mereka lebih elegant atau moden.
 
antara restoran makanan halal yang ada disini adalah restoran islam moggol, restoran turki dan juga restoran china muslim.
harga makanan halal agak berpatutan dan hidanganya sangat banyak. teringat masa berada di mekah dan madinah. hidangan yang disediakan sepinggang boleh dibahagikan kepada dua org makan. maklumlah orang arab memang makan banyak.heheheh

Salah Satu sebab aku memilih untuk melawat China adalah kerana kadar tukaran Wang asing. Duit China lebih murah da RI duit Malaysia. Kadar pertuakaranya lebih kurang RM60. 00 Sama dengan yuan 100.00. Jadi untuk membeli belah rasa lebih menguntungkan. 
 
Sambung ke part 3

Sambungan dari Part 2

 

Yiwu, International Trade City. bandar pemborong terbesar di dunia. 

Sedikit info tentang Bandar ini.

Futian Market

Yiwu International Trade City

Terletak di Jalan Chouzhou ‘Kota Pertama China’ – Yiwu, Zon Zhejiang, Yiwu International Trade City (juga dikenali sebagai Pasar Futian) adalah pasar khusus antarabangsa moden. Pasar kini meliputi kawasan seluas 346 ekar selepas selesai fasa kedua. Terdapat lima daerah perniagaan termasuk pasar pusat dan ketua jualan langsung, pembelian, penyimpanan dan makan.

Fasa pertama Yiwu International Trade City telah siap dan digunakan pada September 2002. Fasa kedua Yiwu International Trade City telah dimasukkan ke dalam digunakan pada tahun 2005. Fasa ketiga telah siap pada tahun 2008 dengan pelbagai kemudahan menarik kini jumlah kedai hamper 90,000 kedai dan bangunan telah menjangkaui sepanjang 5km.

Terdapat pelbagai jenis perlatan baru termasuk tekstil, barangan kraftangan, barangan kereta juga ada dalam bangunan Futian Market. Pasar ini memperkatakan pelbagai barangan termasuk barang-barang yang kebudayaan, alat-alat sukan, kosmetik, cermin mata, kancing, zip, perkakasan, alat-alat elektronik, barang-barang, beg, jam, jam tangan dan pakaian hujan.

Barangan yang dijual dalam pasar ini terutamanya terbahagi kepada empat kategori: craftworks, hiasan, mainan dan bunga. Sebagai salah satu daripada pasaran dalam negeri yang paling maju, ia mempunyai peralatan terkini dan kemudahan termasuk penghawa dingin pusat, skrin maklumat elektronik yang besar, sistem penyiaran, rangkaian jalur lebar, eskalator dan sistem pengawasan kawalan kebakaran. Semasa dalam perjalanan di sini, pelawat akan mendapati bahawa Yiwu International Trade City adalah benar-benar dunia antarabangsa.

Futian market sangat lah besar. Kalu di Malaysia gm klang adalah pusat pemborang yg terbesar. Futian market ini panjang nya hampir 5km bersambung tak putus. Melintasi beberapa jalan Raya, jd jalan Raya di bawah deretan kedai di atas. Bangunan setinggi 3 tingkat dengan setiap tingkat Ada 12 lorong. Kalu nk lagi info ttg Futian market ni boleh lah Google. 

Semua barangan yang dijual disini adalah secara borong dalam kuantiti yang banyak. barangan yang ada dalam kedai adalah untuk display sahaja atau untuk pameran sahaja, bukan untuk jualan. pembeli akan memilih barangan dan barangan tersebut akan dihantar kepada alamat yg diberikan oleh pembeli samaada alamat hotel atau gudang penghantaran. penjual tidak akan melayan jika kita nak beli satu atau dua barang sahaja.


Menjejakkan kaki di Yiwu International Trade center ini bagaikan mimpi. Pertama kali sampai di negara yang mempunyai musim sejuk dan kebetulan perjalanan kali ini di musim sejuk. Musim sejuk di China bermula pada bulan November hingga bulan februari. 

Satu lagi permandangan biasa di sini adalah motosikal yg dipasang atap. Jadi boleh berteduh Dari hujan Dan panas. Kebanyakan penduduk di sini menggunakan motosikal Dan basikal. Basikal yang disewa Dan diletakkan di tempat yg stategik juga terdapat di banyak tempat. Orang ramai boleh menggunakan basikal ini dgn scan pada alatan yg disediakan. Penggunaaan basikal ini sangat meluas. 


 Antara barangan yg dijual disini.

 

Bergambar bersama pembekal barangan sukan di Yiwu


Sambungan dari Part 3

 

 

 Suasana dalam taman di Luar Futian Market


untuk makluman semua waktu atau masa di china sama dengan di malaysia. tidak perlu tukar masa di jam.  waktu solat sahaja yang berbeza kerana waktu malam di Yiwu lebih panjang dari waktu siang.

FajrSunriseDhuhrAsrMaghribIsha'a
05:1306:3511:4914:4217:0318:20
05:1406:3611:4914:4217:0318:20
05:1406:3711:5014:4217:0318:20
05:1506:3811:5014:4217:0318:20
05:1606:3811:5014:4217:0318:21
05:1606:3911:5114:4217:0318:21
05:1706:4011:5114:4217:0318:21
05:1806:4011:5214:4317:0318:21
05:1806:4111:5214:4317:0318:21

ini adalah waktu solat pada bulan disember. pukul 5 petang sudah malam. waktu bekerja disana bermula pada pukul 10 pagi dan habis pada pukul 5 petang. pukul 5 petang pada masa tu sudah gelap.

 berada di Yiwu selama 4 hari 3 malam rasa macam tidak mencukupi untuk meneroka ke seluruh bandar terutamanya bandar Hangzhou. Yiwu teletak di Wilayah hangzhou yang pastinya lebih besar dan menarik.

pengalaman travel dalam musim sejuk sangat mengujakan. setelah selesai urusan di Yiwu tiba masanya untuk pulang ke tanah air.

perjalanan pulang berbeza dengan perjalanan datang ke Yiwu. Flight dari Shanghai ke kuala Lumpur pukul 6 pagi, jadi pada petang hari sebelum balik kenalah bergerak ke Shanghai. untuk perjalanan balik kami sekali lagi menaiki  keretapi. hajat kami untuk menaiki speed train atau bullet train akan tetapi tiket bullet train telah habis. sebenarnya ini telah menimbulkan masalah kepada kami kerana rancanganya adlah untuk sampai ke Shanghai South Train station sebelum tengah malam.

jadual perjalanan train kami adlah pukul 8 mlm, ini akan menyebabkan kami akan sampai di Shanghai South pada pukul 12 malam. perjalanan menggunakan train biasa mengambil masa 4 jam.

setelah sampai di Shanghai South, jam nenunjukkan pukul 12 tgh malam. kami telah terlepas train ke Shanghai pudong Airpot. kami terpaksa mengambil train ke destinasi yg paling hampir dengan pudong airport. kami megahdapi masalah kerana semua kaunter tiket telah tutup. pembelian tiket hanya boleh menggunakan mesin automatik. masalahnya mesin tersebut menggunakan sepenuhnya bahasa cina. mujurlah ada seorang penumpang cina yang sudi membantu kami untuk membeli tiket.

sesudah sampai ke stesen train tersebut kami keluar untuk mendapatkan teksi. diluar stesen terlalu ramai pemandu teksi sapu yang meynapa dan menawarkan perkhidmatan tetapi kami menolak dengan baik walaupun terdapat seorang pemandu yg bersungguh-sungguh mengekori kami. setetah berjalan agak jauh dari stesen barulah kami betemu dengan teksi yang sebenar. teksi tersebut telah meghantar kami ke Shanghai Pudong airpot tetapi caj yang dikenakan sekali ganda kerana melewati masa pukul 12 malam.

malam itu kami tidur di airpot semetara menunggu flight pada pukul 6 pagi. setelah mengerjakan solat subuh kami check in flight dan meneruskan perjalanan balik ke kuala lumpur.








Kedai roti milik china muslim
















No comments:

Post a Comment

POPULAR POST