Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Thursday, May 27, 2021

Kenali Keluarga Al-Idrus

*♡Mengenali keluarga al Aidrus♡*

*KenaliKeluargaAlAidrus*
*BiografiUlamakHadhramaut*
*HaulHbAlidanHbJakfar*
*Bahtera Firady*


*Keluarga al Aidrus* merupakan salah satu daripada keluarga yang masyur dan terkenal didalam Sadah al Alawiyyin (Perkumpulan besar keluarga Nabi di Hadhramaut Yaman). Bahkan keluarga al Aidrus banyak melahirkan tokoh agama dan para cendekiawan Islam yang menyebarkan agama Islam di Dunia ini khususnya di India dan Nusantara. 

*Siapakah orang pertama yang digelarkan dengan nama al Aidrus?*

Orang pertama yang diberi gelaran al Aidrus ialah *As Syeikh Imam Abdullah al Aidrus* 

Bin Abu Bakar as Sakran 

Bin Imam Abd Rahman Assegaf 
Bin Imam Muhammad Mauladdawilah
Bin Ali
Bin Alwi
Bin *Faqih Muqaddam Muhammad*
Bin Ali
Bin Muhammad Sohib Mirbat
Bin Ali Kholi' Qasam
Bin Alwi
Bin Muhammad
Bin Alwi
Bin Ubaidillah
Bin *Imam Ahmad Muhajir*
Bin Isa ar Rumi
Bin Muhammad Naqib
Bin Ali Uraidhi
Bin Jakfar as Sodiq
Bin Muhammad Baqir
Bin Ali Zainal Abidin
Bin *Sayyidina Husien*
Bin Sayyidina Ali dan Bin Fatimah Zahra' al Batul 
Binti *Rasulillah S.A.W*. 


*Kenapa digelarkan dengan nama al Aidrus?*

Kalimah العيدروس pada asalnya ialah العيتروس kemudian diubah huruf ت kepada huruf د bagi memudahkan lisan dan menyatukan makhraj sebutan. 

Manakala العترسة pada asalnya membawa maksud kehebatan,kekuatan, dan keberanian iaitu merupakan salah satu daripada sifat Singa yang merupakan pemimpin pada segala haiwan. 

Maka datuknya Imam Abd Rahman As Segaf memberikan gelaran العيدروس sebagai doa agar beliau menjadi seorang yang berani dan menjadi pemimpin masyarakat dan para ulamak serta auliya' pada zamannya. 

Imam Abdullah al Aidrus dilahirkan pada tahun 811 Hijrah di Kota Tarim al Ghanna dan wafat pada Hari Ahad 12 Ramadhan 865 Hijrah. 

*Zuriat dan Keturunan Imam Abdullah al Aidrus*

Imam Abdullah al Aidrus mempunyai 5 orang anak Lelaki dan 5 orang anak perempuan. 

Anak - anak lelaki beliau ialah

1. Abu Bakar al Adni (keturunannya terputus dan tidak ada sekarang)

2. Alwi

3. Syeikh

4. Husien

5. Muhammad (wafat usia kecil)

Maka keluarga al Aidrus yang ada kini di dunia hanyalah melalui 3 orang anak Imam Abdullah Aidrus iaitu Alwi, Syeikh dan Husien.


*Pecahan/Furu' keluarga al Aidrus*

Keluarga al Aidrus mempunya kekhususan dalam pecahan keluarga mereka. Apabila ingin mengenali Keluarga al Aidrus dan dibawah zuriatnya, secara umumnya zuriat keluarga al Aidrus dikenali melalui *kawasan/tempat yang didiami oleh Tokoh daripada keluarga al Aidrus* dan terdapat juga furu' dibawahnya dikenali dengan *nama tokoh* dalam keluarga al Aidrus. 

Justeru apabila kita membaca atau mendengar nama ahli keluarga al Aidrus maka kebiasaanya akan ditanya kepada mereka daripada al Aidrus mana?

Maka, akan dijawab Si Fulan dari al Aidrus Bor atau Si Fulan dari al Aidrus Taribeh.

Hal ini dianggap penting untuk mengenali silsilah dan kekeluargaan mereka.

Berikut beberapa pecahan keluarga al Aidrus :


*AL AIDRUS BOR*

Dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad (al Muhtajab) Bin Alwi Bin Abu Bakar Bin Omar Bin Abdullah Bin *Alwi Bin Imam Abdullah Al Aidrus*

Beliau merupakan orang pertama daripad keluarga al Aidrus yang wafat di perkampungan *Bor* yang terletak sekitar 20minit daripada Kota Tarim iaitu berhadapan maqam Imam Muhajir. 

Antara keturunan beliau yang terkenal di Malaysia ialah al Habib Ali Bin Jakfar al Aidrus *(Habib Ali Batu Pahat)*


*AS SULAIBIYAH AL AIDRUS* 

Gelaran ini dinisbahkan kepada Sayyid Husien Bin *Abdullah Bin Syeikh (Akbar) Bin Imam Abdullah al Aidrus*

Gelaran ini pada asalnya dinisbahkan kepada isteri beliau iaitu Syarifah Fatimah Binti Umar Bin Abdullah al Aidrus sebagai *Tonggak Utama/Tulang Belakang* dalam berkhidmat didalam agama. Kemudian dinisbahkan kepada para zuriat mereka dengan gelaran ini. 


*AL AIDRUS ABDULLAH BIN SYEIKH (AUSOT)* 

Al Aidrus Abdullah Bin Syeikh ini yang gelarannya dinisbahkan kepada nama beliau sendiri iaitu al Habib Abdullah Bin Syeikh yang menurunkan ramai keluarga al Aidrus di Malaysia khususnya di Terengganu.

Beliau ialah Habib Abdullah Bin Syeikh (Ausot) Bin Abdullah Bin Syeikh (Akbar) Bin Imam Abdullah al Aidrus. Beliau dilahirkan pada tahun 945 Hijrah dan wafat *tatkala sujud/rukuk ketika menunaikan Solat Asar pada Hari Kjakis 14 Zulqaedah tahun 1019 Hijrah* Jenazahnya disemadikan di pemaqaman zanbal di Tarim dan dibina Qubah khas.

Antara tokoh yang terkenal di Malaysia daripada keturunannya ialah *Tok Ku Paloh* dan ayahnya *Tok Ku Tuan Besar*)


*AL AIDRUS ABDULLAH BIN SYEIKH (ASGHOR)* 

Sohib Syihir

Beliau ialah Habib Abdullah Bin Syeikh (Asghor) Bin Abdullah Bin Syeikh (Ausot) Bin Abdullah Bin Syeikh (Akbar) Bin Imam Abdullah al Aidrus. 

Beliau dilahirkan di Tarim pada tahun 1027 Hijrah dan wafat di Kota Syihir pada tahun 1072/73 Hijrah.

Keturunnya ramai di perkampungan Ramlah dan juga sekitar Hadhramaut.


*AL AIDRUS AD DISYTOH*

Gelaran ini dinisbahkan kepada Imam Abd Rahman Bin Muhammad Bin Abd Rahman Bin Muhammad Bin *Ahmad Bin Husien Bin Imam Abdullah al Aidrus.*

Ad Disytoh : merupakan satu ibarat kepada kitab yang dikumpulkan dan disusun oleh beliau yang meliputi pelbagai bidang ilmu, masail agama, Tarikh, Rehlah beliau ke Hijaz dan Iraq dan juga pelbagai faedah - faedah lain. 

Beliau wafat di Tarim dan dimaqamkan di atas kubur Sayyidah Syarifah Aisyah Binti Imam Umar al Muhdhor (Isteri Imam Abdullah al Aidrus). 


*AL AIDRUS HAZM*

Dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad Bin Imam Abd Rahman Bin Muhammad (Sohib Disytoh)

Daripada keturunan beliau ini terdapat seorang pendakwah terkenal iaitu al Habib Idrus Bin Husien Bin Ahmad Bin Umar Bin Ahmad (Hazm) al Aidrus. *Kisah pertemuan beliau dengan seorang Yahudi di India yang berusia hampir 1300 Tahun. Yahudi tersebut pernah melihat baginda dan Sayyidina Ali sewaktu Perang Khaibar* 

Kisah selanjutnya akan dinukilkan pada penulisan akan datang.


*AL AIDRUS TARIBEH*

Dinisbahkan kepada Sayyid Alwi Bin Ahmad Bin Abdullah (Sohib Toqoh) Bin *Ahmad Bin Husien Bin Imam Abdullah al Aidrus.*

Beliau merupakan orang pertama daripada keluarga al Aidrus yang wafat di perkampungan *Taribeh* sekitar 15 minit daripada Kota Tarim. 

Beliau dikurniakan 17 orang anak lelaki yang tersebar keturunannya di Hadhramaut dan negara lain.


*AL AIDRUS Thibiy ثبي*

Dinisbahkan kepada Sayyid Alwi Bin *Abdullah (Sohib Toqoh) Bin Ahmad Bin Husien Bin Imam Abdullah al Aidrus*

Beliau merupakan orang pertama daripada keluarga al Aidrus yang tinggal di perkampungan Thibiy sekitar 10 minit daripada Kota Tarim. Beliau wafat pada tahun 1055 Hijrah. 

Antara anak beliau yang menurunkan keturunan hanyalah 3 orang sahaja iaitu

Husien, Abd Rahman dan Hasan (Sohib Raidhah).


*AL AIDRUS RAIDHAH*

Dinisbahkan kepada Habib Hasan Bin Alwi (Sohib Thibiy) Bin *Abdullah (Sohib Toqoh) Bin Ahmad Bin Husien Bin Imam Abdullah al Aidrus*

Beliau merupakan orang pertama yang tinggal di perkampungan *Raidhah* berhampiran Sumal sekitar 15 minit daripada Kota Tarim. Disana juga terkenal dengan Masjid al Aidrus yang diasaskan oleh beliau.

*Antara Ulamak Terkenal Mutakhirin daripada Al Aidrus Raidhah*

- Habib Muhammad Bin Alwi al Aidrus (Habib Saad)

- Habib Abu Bakar Bin Segaf al Aidrus

- Habib Muhammad *(Mudarris Dar Mustofa)* Bin Abdullah al Aidrus dan adik beradiknya Habib Ali (zawiyah al aidrus) dan Habib Aidrus. 

Keluarga Raidhah ini ramai di Sarawak Malaysia daripada zuriat *Habib Idrus (Kubu) Bin Abd Rahman Bin Ali Bin Habib Hasan Sohib Raidhah*

Kebanyakan al Aidrus di Sarawak mengguna pakai gelaran Wan atau Tuan pada nama awalnya.  


No comments:

Post a Comment

POPULAR POST