Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Saturday, August 29, 2020

Lawatan Sejarah : Makam Pahlawan Padang Kachung

Lawatan Sejarah : Makam Pahlawan Padang Kachung


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 

 

Mungkin ramai yang kurang mengetahui tentang Makam Pahlawan Padang Kachung ini, tetapi jika ditanya tentang sejarah penentangan Haji Abdul Rahman Limbung di Terengganu pasti ramai yang tahu. Sebenarnya peristiwa penentangan tersebut telah menyebabkan bertaku pertempuran antara orang kampung penyokong Haji Abdul Rahman Limbung dengan pihak Polis British. Dalam pertempuran tersebut beberapa pejuang telah terkorban dan disemadikan di perkarangan Masjid Kampung Telemong. Makam pahlawan  tersebut dikenali sebagai Makam Pahlawan Padang Kachung.

 

Padang Kachung terletak di Kuala Telemung, Hulu Terengganu. Tempat ini berlaku pertempuran antara pahlawan Melayu yang menyertai perhimpunan menentang dasar British.

Seramai 12 orang terkorban dan jenazah ditanam di kawasan Masjid Kuala Telemung. Kubur ini juga dikenali sebagai Kubur Dua Belas atau Kubur Besar tertanam pejuang yang mati bertempur dengan polis pada tahun 1928.

Pada asalnya, pejuang ini ingin berjumpa dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kuala Terengganu berkenaan British menaikkan cukai. Malangnya, apa yang dilaporkan kepada sultan menyatakan konon petani-petani Kuala Telemong akan memberontak.

Lalu dihantar pasukan polis untuk menghalang kemaraan petani dan berlaku peperangan di Padang Kachung.

Pihak polis telah berhadapan dengan petani-petani tersebut. Pihak polis cuba menghalang pergerakan para petani, tetapi para petani tidak patuh dan menyebabkan keadaan tidak terkawal. Pihak polis telah melepaskan tembakan dan 12 orang telah terkorban. Mereka yang terkorban ialah;

1. Mahmud bin Mat Diah
2. Lebai Abdul Rahman
3. Idris bin Muhammad
4. Mamat bin Musa
5. Muhammad bin Yunus
6. Abdullah bin Muhammad
7. Ismail bin Ali
8. Muhammad bin Jusuh
9. Muhammad bin Idris
10. Muhammad bin Abdullah
11. Abdul Hamid bin Ismail
12. Sulaiman bin Saleh

 Kebangkitan tahun 1928 

Peristiwa-peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemong pada tahun 1922 dan 1925 telah menambahkan kebencian rakyat terhadap British. Semangat kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang. 

Penduduk Kuala Berang, Kampung Pelam (Telemong), Tersat dan Dungun telah membuka tanah untuk bercucuk tanam tanpa mengambil pas kebenaran dari pihak British. British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan dengan ancaman itu, penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai untuk bangkit menentang British. Menurut buku “Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu”, karangan Timah Hamzah, kira-kira 1000 orang penduduk berkumpul di Tersat, Hulu Telemong pada 21 Mei 1928 dengan tujuan untuk memulakan peperangan terhadap orang kafir. 

Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menduduki pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai British di Kuala Berang terpaksa berundur ke Kuala Terengganu. 

Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke arah Kuala Terengganu untuk mengadu masalah mereka kepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan British telah menghantar sepasukan polis di bawah pimpinan Dato’ Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan. Pasukan polis itu telah bertempur dengan rakyat yang sedang mara di Padang Kachong. Di situ, Dato’ Seri Lela Diraja telah memberi amaran kepada rakyat supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan tidak menghiraukan amaran tersebut. Akibatnya, pasukan polis telah melepaskan tembakan. 

Dengan bantuan polis tambahan dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British dapat memadamkan kebangkitan rakyat Terengganu. Semua pemimpin yang terlibat ditangkap dan dipenjarakan iaitu Haji Zakaria 7 tahun; Abu Bakar Chinting 10 tahun; Abdullah Jurukka 10 tahun; Mat Tok Pitas 5 tahun dan Lebai Hassan 5 tahun. Penghulu Salleh Pasir Nyior pula telah dibebaskan. Haji Abdul Rahman Limbong juga didapati bersalah tetapi beliau tidak dihukum penjara. Beliau dibuang negeri ke Makkah. 

Sebab Haji Abdul Rahman Limbong tidak dipenjarakan ialah beliau dianggap sebagai pemimpin yang sangat berpengaruh dan kehadirannya akan meningkatkan lagi semangat kebangkitan terhadap British. Selain itu, British juga tidak mahu menimbulkan lagi kemarahan penyokong-penyokong beliau sekiranya beliau dihukum penjara. Beliau dihantar ke Makkah juga disebabkan beliau berhasrat pergi ke tanah suci untuk mendalami dan mengajar agama Islam. Haji Abdul Rahman Limbong meninggal dunia di Makkah pada 16 November 1929.

 

Sumber: 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kubur_Pahlawan_Perang_Padang_Kachung 

https://www.facebook.com/belalangpost/posts/pahlawan-perang-padang-kachungpadang-kachung-terletak-di-kuala-telemung-hulu-ter/943245312446466/

 

 

Pertempuran Padang Kanchung - PeKhabar 

Azram Sulong: padang kachung

 

BESI WAJA: Mengunjungi Kuala Telemong 

 

Terengganu Hebat: Kubur Pahlawan Perang Padang Kachung

Azram Sulong: padang kachung

 

 

 Masjid Telemong

No comments:

Post a Comment

POPULAR POST