Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Saturday, August 29, 2020

SEJARAH TINGKATAN 3 : LATIHAN ESEI Bab 2

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 

TINGKATAN 3 BAB 2 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

 

SOALAN

Ilustrasi berikut menunjukkan perjanjian yang ditandatangani antara Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman berkaitan pertapakan British di Singapura.

 

(a)    Bagi mendapatkan pengesahan Sultan Johor terhadap perjanjian tersebut, Stamford Raffles telah berjaya memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau. Mengapakah timbul isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau? [8 markah]

 

F1 Sultan Mahmud III mempunyai dua orang putera

F2 Putera sulung merupakan Tengku Hussein

F3 Putera bongsu ialah Tengku Abdul Rahman

F4 Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat

F5 Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman Almarhum Sultan di Lingga

F6 Tengku Hussein tidak dapat menghadirikan diri semasa pemakaman Almarhum Sultan Mahmud

F7 kerana berada di Pahang ketika itu

F8 Tengku Abdul Rahman dilantik sebagai Sultan Johor Riau

F9 Mendapat pengiktirafan orang Bugis dan Belanda

F10 Tengku Hussein berundur dan menetap di Riau setelah diketepikan

[Maksimum 8 markah]

 

(b)   Setelah berjaya menduduki Singapura, British mengambil langkah mengukuhkan kuasanya di Singapura melalui beberapa perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

Huraikan perjanjian tersebut. [8 markah]

 

F1 Perjanjian antara Stamford Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819

F2 Petempatan British di Singapura diiktiraf

F3 British menaikkan bendera Union Jack di Singapura pada 13 Februari 1819

F4 William Farquhar dilantik sebagai Residen Singapura yang pertama

F5 Perjanjian antara Residen Singapura, John Crawfurd dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman pada 2 Ogos 1824

F6 Singapura diserahkan kepada British buat selama-lamanya

F7 Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan ke atas Singapura

F8 Sultan dan Temenggung diberikan bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup

 

(c)    Tindakan Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta menyebabkan Kesultanan Johor Riau memiliki dua orang sultan. Keadaan ini boleh menjejaskan perpaduan rakyat Johor.

 

Apakah pengajaran yang dapat anda pelajari daripada peristiwa tersebut? [4 markah]

 

F1 Persengketaan membuka ruang kepada manipulasi kuasa luar

F2 Sentiasa berwaspada terhadap muslihat kuasa luar

F3 Penting mematuhi warisan budaya

F4 Bertolak ansur demi kepentingan negara

F5 Sentiasa mempertahankan keistimewaan yang sedia ada

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Maksimum 4 markah]

 

No comments:

Post a Comment

POPULAR POST