Antara tokoh terbabit ialah Ulama Besar Terengganu abad ke-19 iaitu Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh yang terkenal kerana tinggi ilmu agamanya selain ditakuti penjajah British pada waktu itu.
Dalam kisah terkenal membabitkan tokoh itu, diceritakan ketika British mahu bertapak di Terengganu, mereka menemui Tokku Paloh menyatakan hasrat mengambil Bukit Besar sebagai markas mereka. Tokku Paloh mengatakan British boleh "mengambil" Bukit Besar dengan syarat bukit itu dimuatkan dalam kapal dan dibawa pulang ke negara mereka. Sindiran Tokku Paloh menyebabkan pegawai British itu sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan dengan bangun. Akan tetapi, secara tiba-tiba kerusi diduduki penjajah melekat di punggung mereka. Mencemaskan British Lalu ulama besar itu menyindir: "Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?"
No comments:
Post a Comment