Tunjang : KECERGASAN
12 Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular
A Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
B Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan pergerakan maksimum
C Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama
D Kemampuan melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan daya yang maksimum
13 Apakah maksud yang sesuai bagi latihan berkonsepkan “Parcourse”?
A Latihan berbentuk larian ulang alik pada tempat yang sama
B Beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen
C Sistem latihan daya tahan kardiovaskular berkonsepkan pelbagai kelajuan
D Kaedah latihan yang memberi penakanan beban dan kekerapan yang sama
18 Namakan jenis latihan seperti dalam jadual di atas.
A Latihan Fartlek
B Latihan rintangan
C Latihan Parcourse
D Latihan berjalan, berjogging, berlari
19 Apakah maksud yang sesuai bagi latihan “Fartlek”?
A Berbentuk larian ulang alik pada tempat yang sama
B Kaedah latihan yang memberi penekanan beban dan kekerapan yang sama
C Sistem latihan daya tahan kardiovaskular berkonsepkan pelbagai kelajuan
D Gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen
20 Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki?
A Aktiviti naik turun bangku
B Aktiviti lari pecut 30 meter
C Melakukan lompat jauh berdiri
D Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.
21 Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan otot
A Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
B Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama
C Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan
bergerak pada julat pergerakan yang maksimum
D Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau
mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum
22 Antara berikut, yang manakah aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular ?
A Tekan tubi
B Dekam lunjur
C Aktiviti senamrobik
D Aktiviti bangkit tubi
23 Aktiviti bangkit tubi bertujuan membina daya tahan otot di …………..
A bahagian kaki
B bahagian abdomen
C bahagian tangan, bahu dan dada
D bahagian abdomen dan punggung
24 Aktiviti dekam lunjur bertujuan membina daya tahan otot di …………..
A bahagian kaki
B bahagian abdomen
C bahagian tangan, bahu dan dada
D bahagian abdomen dan punggung
25 Aktiviti angkat tumit bertujuan membina daya tahan otot di
A bahagian kaki
B bahagian abdomen
C bahagian tangan, bahu dan dada
D bahagian abdomen dan punggung
|
|
|
26 Namakan jenis latihan seperti dalam jadual di atas.
A Latihan litar
B Latihan Fartlek
C Latihan rintangan
D Latihan Parcourse
27 Apakah definisi yang sesuai bagi latihan litar ?
A Latihan berbentuk larian ulang alik pada tempat yang sama
B Aktiviti yang melibatkan pergerakan dari satu stesen ke stesen yang lain
C Sistem latihan daya tahan kardiovaskular berkonsepkan pelbagai kelajuan
D Gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen
28 Antara berikut, yang manakah aktiviti di bawah ini dapat membina daya tahan otot?
A Skipping
B Aktiviti senamrobik
C Aktiviti bangkit tubi
D Berlari dan berjalan pantas
29 Apakah faedah seseorang yang memiliki daya tahan otot yang baik?
A Mengawal dan mengurangkan berat badan
B Mengurangkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
C Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah
D Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang
30 Pilih definisi yang sesuai bagi konsep kekuatan otot.
A Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
B Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama
C Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan
bergerak pada julat pergerakan yang maksimum
D Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau
mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum
31 Apakah faedah latihan kekuatan otot ?
A Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
B Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
C Mendedahkan kepada penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi
D Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah
32 Antara berikut, yang manakah aktiviti yang dapat membina kekuatan otot ?
A Tekan tubi
B Dekam lunjur
C Aktiviti senamrobik
D Berlari dan berjalan pantas
33 Apakah jenis latihan dalam rajah di atas?
A Latihan litar
B Latihan isotonik
C Latihan isokinetik
D Latihan isometrik
34 Apakah definisi yang sesuai bagi latihan isometrik ?
A Melibatkan sendi, pemanjangan dan penguncupan otot
B Melibatkan sendi, tidak mengubah saiz dan pemanjangan otot
C Melibatkan latihan daya tahan kardiovaskular yang berkonsepkan pelbagai
kelajuan
D Melibatkan pergerakan sendi secara terkawal, pemanjangan dan pengucupan otot
yang sekata
35 Apakah jenis latihan seperti dalam rajah di atas?
A Latihan litar
B Latihan isotonik
C Latihan isokinetik
D Latihan isometrik
36 Apakah definisi yang sesuai bagi latihan isotonik?
A Melibatkan sendi, pemanjangan dan penguncupan otot
B Melibatkan sendi, tidak mengubah saiz dan pemanjangan otot.
C Melibatkan latihan daya tahan kardiovaskular yang berkonsepkan pelbagai
kelajuan
D Melibatkan pergerakan sendi secara terkawal, pemanjangan dan pengucupan otot
yang sekata
37 Apakah jenis latihan seperti dalam rajah di atas ?
A Latihan litar
B Latihan isotonik
C Latihan isometrik
D Latihan isokinetik
38 Apakah maksud yang sesuai bagi latihan isokinetik?
A Melibatkan sendi, pemanjangan dan penguncupan otot.
B Melibatkan sendi, tidak mengubah saiz dan pemanjangan otot.
C Melibatkan latihan daya tahan kardiovaskular berkonsepkan pelbagai kelajuan.
D Melibatkan pergerakan sendi secara terkawal, pemanjangan dan penguncupan otot
yang sekata
39 Apakah maksud yang sesuai bagi konsep komposisi badan
A Peratusan lemak dalam badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan
B Tenaga untuk badan, membina sel rosak dan menjadikan badan sihat dan kuat
C Keadaan fizikal atau mental menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan
D Penjagaan kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar
40 Komposisi badan boleh diukur dengan menggunakan
A kaliper
B pembaris
C stetoskop
D penimbang BM
41 Komposisi badan boleh diukur dengan menyukat ketebalan kulit badan dan …………
A mengukur lemak
B berdasarkan berat
C mengukur indeks jisim
D berdasarkan ketinggian
42 Komposisi badan boleh diukur dengan ketepatan yang tinggi pada badan di bahagian …………..
A bahu
B bisep
C trisep
D abdomen
43 Apakah maksud yang sesuai bagi konsep kuasa?
A Kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu pada masa yang singkat.
B Kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dalam masa yang singkat
dengan menggunakan daya yang maksimum
C Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan.
bergerak pada julat pergerakan yang maksimum
D Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau
mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum
44 Apakah faedah memiliki kuasa yang baik ?
A Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
B Membantu meningkatkan kecekapan dan larian dan lompatan
C Mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan
D Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
45 Antara berikut, yang manakah aktiviti untuk membina kuasa?
A Aktiviti senamrobik
B Berlari dan berjalan pantas
C Lontar bola segar sambil duduk
D Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang
46 Apakah definisi yang sesuai bagi konsep kelajuan?
A Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
B Kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu pada masa yang singkat
C Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak
pada julat pergerakan yang maksimum
D Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau
mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum
47 Apakah faedah memiliki kelajuan yang baik ?
A Meningkatkan kuasa di bahagian kaki
B Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
C Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
D Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah
48 Terdapat empat prinsip latihan yang perlu diambil kira oleh atlet apabila hendak mencapai tahap kecergasan yang baik, iaitu …………….
- tambah beban, kekerapan, tempoh masa dan kelenturan
- tambah beban, kekerapan, tempoh masa dan koordinasi
- ansur maju, tambah beban, kekerapan dan tempoh masa
- ansur maju, tambah beban, kekerapan dan kompisisi tubuh badan
49 Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip ansur maju ?
A Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan
B Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau
setahun.
C Penambahan beban beransur-ansur, menambah jarak sedikit demi sedikit dalam
jangka masa tertentu.
D Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah beban latihan sedikit demi
sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar
50 Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip tambah beban?
A Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan
B Penambahan beban dan jarak beransur-ansur dalam jangka masa tertentu
C Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau
setahun
D Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah beban latihan sedikit
demi sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar
51 Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip kekerapan?
A Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan.
B Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau
setahun
C Penambahan beban beransur-ansur dan menambah jarak sedikit demi sedikit
dalam jangka masa tertentu
D Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah beban latihan sedikit
demi sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar
52 Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip tempoh masa?
A Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan
B Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau
setahun.
C Penambahan beban beransur-ansur dan menambah jarak sedikit demi sedikit
dalam jangka masa tertentu
D Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah beban latihan sedikit
demi sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar.
53 Mengapakah prinsip latihan perlu dipatuhi semasa melakukan latihan kecergasan fizikal?
A Mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan
B Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
C Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.
D Memastikan atlet mendapat kesan latihan yang baik dan mengelakkan kecederaan
otot
58 Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan melibatkan ……………
I kuasa
II kekuatan otot
III daya tahan otot
IV daya tahan kardiovaskular
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
59 Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan melibatkan …………….
I kuasa
II imbangan
III daya tahan otot
IV komposisi tubuh
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
60 Kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor melibatkan ……………
I kuasa dan kelajuan
II kelenturan dan imbangan
III ketangkasan dan koordinasi
IV imbangan dan masa tindak balas
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
61 Kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor melibatkan ………………
I imbangan
II masa tindak balas
III kelenturan dan imbangan
IV ketangkasan dan koordinasi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
62 Langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa melakukan aktiviti ialah
I menyejukkan badan sahaja
II patuhi arahan dan peraturan
III pakaian dan kasut yang sesuai
IV mengikut kemampuan dan tahap kecergasan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
63 Apakah faedah seseorang yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik ?
I Dapat mengurang risiko penyakit jantung
II Dapat mengurangkan dan mengawal berat badan
III Dapat mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan
IV Dapat meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
64 Tiga contoh latihan bagi membina kekuatan otot ialah
I latihan litar
II latihan isotonik
III latihan isokinetik
IV latihan isometrik
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
65 Apakah faedah bagi seseorang atlet mempunyai kuasa yang baik ?
I otot menjadi hipertropi
II meningkatkan kekuatan otot
III meningkatkan daya tahan otot
IV mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
66 Apakah faedah bagi seseorang atlet yang mempunyai kelajuan baik ?
I Otot menjadi hipertropi
II Meningkatkan daya tahan otot
III Meningkatkan prestasi dalam sukan
IV Meningkatkan kuasa di bahagian kaki
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
67 Prinsip latihan yang perlu untuk mendapatkan tahap kecergasan yang baik ialah
I kekerapan
II tempoh masa
III tambah beban
IV keseimbangan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II. III dan IV
68 Bahagian lipatan kulit yang manakah perlu diukur untuk mengira komposisi badan ?
I Tricep
II Bisep
III Abdomen
IV Sisi dalam betis
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
69 Antara berikut, yang manakah latihan untuk membina daya tahan kardiovaskular ?
I Fartlek
II Parcourse
III Latihan litar
IV Latihan bebanan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
70 Komponen penting semasa melakukan aktiviti latihan litar ialah
I mempelbagaikan aktiviti daya tahan otot
II bergerak dari satu stesen ke satu stesen
III setiap aktiviti melibatkan otot yang sama
IV bergerak ke stesen mengikut arah lawan jam
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
71 Dua contoh latihan bagi membina kekuatan otot ialah
I latihan litar
II latihan isotonik
III latihan isometrik
IV Latihan bebanan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
72 Komponen penting semasa membuat latihan kekuatan otot ialah
I aktiviti secara ansur maju
II memberi tumpuan kepada otot tertentu
III aktiviti dari intensiti tinggi ke rendah
IV tidak mementingkan set, intensiti dan ulangan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
73 Komponen penting semasa membuat latihan isometrik ialah
I tidak melibatkan pergerakan sendi
II ianya melibatkan pergerakan sendi
III bergerak dari satu stesen ke satu stesen
IV saiz dan pemanjangan otot tidak berubah
A I dan III
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
74 Komponen penting semasa membuat latihan isotonik ialah
I melibatkan pergerakan sendi
II tidak melibatkan pergerakan sendi
III saiz dan pemanjangan otot tidak berubah
IV melibatkan pemanjangan dan penguncupan otot
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
75 Komponen penting semasa membuat latihan isokinetik ialah ……………
I tidak melibatkan pergerakan sendi
II saiz dan pemanjangan otot tidak berubah
III melibatkan pergerakan sendi secara terkawal
IV melibatkan pemanjangan dan penguncupan otot secara sekata
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
76 Dua contoh aktiviti untuk meningkatkan kuasa kaki ialah …………
I tekan tubi
II bangkit tubi
III lompat dakap
IV ketinting dan lompat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
77 Kelajuan bergantung kepada kombinasi antara ……………
I masa
II jarak
III kelenturan
IV keseimbangan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
78 Apakah aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam prinsip latihan ?
I Kuasa
II Kelajuan
III Intensiti
IV Kekhususan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
79 Apakah kritera-kriteria yang perlu diambil kira dalam prinsip latihan ?
I Set
II Kuasa
III Kelajuan
IV Ulangan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 2
Tunjang : PERMAINAN
BOLA BALING
1. Bola baling dimainkan dengan menggunakan …………………
A kaki sahaja
B tangan sahaja
C tangan dan kaki
D kaki dan kepala
2. Bola baling dimainkan secara berpasukan seramai……………….
A 5 orang
B 8 orang
C 10 orang
D 12 orang
3. Dalam permainan bola baling, hantaran atas kepala dilakukan adalah bertujuan untuk hantaran yang ………. dan …………
A tinggi dan jauh
B tinggi dan dekat
C tinggi dan cepat
D tinggi dan sederhana
|
- Semasa aktiviti regangan dalam permainan bola baling otot-otot manakah yang
perlu diutamakan.
A bisep sahaja
B bisep dan trisep
C bisep, trisep dan hamstring
D bisep, trisep hamstring dan gastrocnemius
KEMAHIRAN OLAHRAGA
MEREJAM LEMBING
2. Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah. Apakah jenis gaya pegangan
lembing tersebut ?
A Gaya Polish
B Gaya Finnish
C Gaya Amerika
D Gaya Pegangan-U
3. Rejaman lembing dikira sah sekiranya
I lembing direjam dari atas bahu
II lembing terpacak di bahagian ekor
III lembing yang patah semasa mendarat
IV lembing yang mendarat tidak terpacak tetapi meninggalkan tanda di tanah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
|
4 Tingkahlaku-tingkahlaku di atas merujuk kepada
A fasa rejaman
B fasa ikut lajak
C fasa lari landas
D fasa persediaan
5 Rejaman lembing manakah yang dikira sah ?
ekor
A kepala
B ekor
kepala
kepala
C ekor
D ekor kepala
LARI BERGANTI-GANTI
1 Apakah dua kesalahan utama yang dilakukan oleh pemberi dan penerima baton
dalam acara lari berganti-ganti?
I Pelari tidak memasuki lorong peserta lain
II Memberi dan menerima baton di luar zon pertukaran
III Membaling atau melambung baton setelah menamatkan larian
IV Pemberi dan penerima baton perlu memegang baton dengan kemas
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
2 Dalam acara lari berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter, baton hendaklah diserahkan di dalam zon (kawasan) yang telah ditetapkan. Berapakah jarak zon pertukaran baton tersebut?
A 10 meter
B 15 meter
C 20 meter
D 25 meter
3 Antara berikut, yang manakah merupakan teknik menghantar dan menerima baton yang biasa digunakan oleh pelari 4 X 100 m dan 4 X 400 m?
I Teknik hantaran dari atas ke bawah
II Teknik hantaran dari bawah ke atas
III Teknik hantaran dari kiri ke kanan
IV Teknik hantaran dari kanan ke kiri
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
4 Antara berikut, yang manakah merupakan acara lari berganti-ganti yang dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)?
I 4 X 100 meter
II 4 X 200 meter
III 4 X 400 meter
IV 4 X 800 meter
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
|
|
|
||||||||||
|
||||||||||
|
|
5 Rajah di atas menunjukkan teknik menghantar dan menerima baton dalam acara 4 X 100 meter. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh atlet dalam rajah di atas?
A Penghantar baton memegang hujung baton
B Tidak menghantar dan menerima baton dari tangan ke tangan
C Menghantar dan menerima baton dilakukan dalam zon (kawasan)
pertukaran
D Penerima baton membuka tapak tangan menghadap ke atas apabila mendengar
isyarat
6 Dalam acara lari 4 X 100 meter, strategi penyusunan pelari mengikut kedudukan perlu di ambil kira untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada pelari keempat?
A Pelari yang paling pantas dan mempunyai larian yang pantas di lorong lurus.
B Mempunyai tindak balas yang baik semasa permulaan dan mempunyai larian
yang pantas di selekoh
C Mahir menerima dan memberi baton dengan tangan kanan dan mempunyai
larian yang pantas di selekoh
D Mahir menerima dan memberi baton dengan menggunakan tangan kiri dan
mempunyai larian yang pantas di lorong yang lurus
PENDIDIKAN PERGERAKAN
Gimnastik Artistik
1 Susun mengikut urutan perlakuan aktiviti jalan tangan
I Menapak untuk bergerak ke hadapan
II Berada dalam keadaan sokong hadapan
III Angkat kaki satu persatu ke posisi dirian tangan
IV Stabilkan kedudukan dengan meluruskan kaki dan tangan
A I , II , III , IV
B I , III , II , IV
C I ,II , IV , III
D III , I , II , IV
2 Pola gerak edar merupakan pola ketiga dalam gimnastik artistik yang memberi tumpuan kepada kualiti pergerakan yang dilakukan semasa bergerak. Antara yang berikut yang manakah merupakan contoh pergerakan yang terdapat pola tersebut?
A Merangkak
B Meringkuk
C Melunjur
D Menggelongsor
3 Berjalan , berlari, skip , gelongsor dan kaki bersilang adalah terdapat dalam pola
A Pola statik
B Pola ayunan
C Pola gerak edar
D Pola pendaratan
Gimrama
4 Pergerakan berkoordinasi dan estatik diiringi muzik sambil menggunakan peralatan seperti reben, tali, gelung rotan atau bola adalah pergerakan dalam
A Gimnastik artistik
B Gimrastik Pendidikan
C Gimnastik irama
D Gimnastik kreatif
r
8 Susun mengikut urutan perlakuan aktiviti lentik kucing
I Berada dalam kedudukan merangkak
II Kedudukan tangan lurus dengan jarak yang selesa
ringkukkan badan sehingga dagu mencecah dada
III Perlahan-lahan menukar bentuk daripada bulat ke meleding
kepala didongakkan ke atas mengikut lentikan badan
IV Kembali ke kedudukan asal
A I , II , III , IV
B I , III , II , IV
C I ,II , IV , III
D III , I , II , IV
Gimnastik Pendidikan
10 Pergerakan boleh dilakukan dengan pebagai kelajuan seperti cepat,lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Apakah nama tema ini ?
A Kesedaran masa
B Kesedaran aras
C Kesedaran ruang
D Kesedaran tubuh badan
11 Pergerakan menolak awan atau menolak dinding ialah contoh pergerakan secara
A cepat
B lambat
C serta-merta
D kawal-lambat
12 Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain seperti tangan dan kaki. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah
A roda kereta
B lompat layang
C hula-hoop
D ekstensi badan
13 Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan . Aktiviti yang boleh dilakukan ialah
A Jalan ketam
B Roda kereta
C Merangkak
D Jalan ulat bulu diatas bangku gimnastik, melompat dan mendarat
Pergerakan Kreatif
17 Tema penyesuaian terhadap rakan mengaitkan komunikasi atau perhubungan dengan
rakan melalui
A perbualan
B persentuhan
C penggunaan
D pergerakan
18 Pergerakan Kreatif menggalakkan kita mencipta pelbagai pergerakan dengan daya
A usaha dan kreativiti
B usaha dan imaginasi
C imaginasi dan kreativiti
D imaginasi dan pergerakan
19 Apung adalah merupakan pergerakan dalam lakuan daya asas dalam pendidikan kreatif. Yang manakah antara berikut merupakan cirri-ciri pergerakan apung
A Pergerakan yang kuat dan bertenaga seperti menolak kereta rosak
B Pergerakan serta-merta secara berterusan seperti aksi dalam tarian buluh
C Pergerakan yang licin, tenang dan terus seperti melintasi lantai yang baru di
gilap
D Pergerakan yang lemah lembut dan ringan seperti pergerakan layang-layang
KEMAHIRAN REKREASI
ORIENTEERING
1. Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti orienteering
A. Aktiviti pengembaraan secara terancang
B. Aktiviti perkhemahan secara kumpulan yang besar
C. Aktiviti yang dijalankan menggunakan kenderaan darat dan
mengutamakan masa.
D. Aktiviti pandu arah yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat aktiviti
secara individu atau kumpulan dengan menggunakan kompas dan peta
3. Setiap pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut untuk menjalankan aktiviti orienteering .
I Mampu menyelesaikan masalah secara bersama
II Mahir dalam matematik dan geografi
III Boleh membaca peta dan bearing
IV Mahir dalam aktiviti yang menggunakan tali
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
4. Pengenalan dan orientasi peta atau pelan adalah untuk memperolehi maklumat seperti berikut
I tajuk peta
II arah Utara (mata angin)
III arah tiupan angin dan pasang surut air laut
IV petunjuk seperti jalan, tumbuh-tumbuhan, padang dan sebagainya
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
5. Terdapat empat arah mata angin perantaraan pada kompas iaitu
A. utara, tenggara, barat laut dan selatan
B timur, barat daya, barat laut dan barat
C timur laut, tenggara, barat daya dan barat laut
D utara, selatan, timur dan barat
6. Bearing ialah
A. arah utara
B. arah kompas
C. arah mata angin
D. arah pusingan jam
7. Dalam aktiviti orienteering kemahiran ………….……….. adalah diperlukan bagi memastikan perjalanannya licin.
A. mengenali flora dan fauna
B. mengenali grid dan bearing
C. membaca peta dan kompas
D. memahami ekologi dan konservasi
8. Pengetahuan mendalam tentang …………………………… adalah asas kepada orienteering
A. sains dan matematik
B. sains dan kecergasan
C. matematik dan sejarah
D. geografi dan matematik
10. ............................. boleh digunakan untuk membaca bearing pada peta topo atau pelan.
A. Grid
B. Protaktor
C. Jam Randik
D. Kernmantle
Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 2
Tunjang : KESUKANAN
1. Dua dokumen yang digunakan dalam penyemakan stok sukan ialah
I resit belian
II buku rekod peralatan
III buku rekod keluar masuk alatan sukan
IV jadual bertugas pengawas bilik sukan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
2. Mengapakah peralatan sukan perlu dilebalkan nama sekolah dan nombor
inventori?
A Alatan tahan lama
B Alatan kelihatan kemas di rak
C Alatan boleh diletakkan dimerata-rata
D Alatan mudah dikesan apabila dipinjamkan kepada pelajar
3. Faedah pengurusan peralatan sukan yang cekap ialah
I alatan tahan lebih lama
II dapat melahirkan lebih ramai atlet
III menjimatkan perbelanjaan sekolah
IV memberi imej yang baik kepada sekolah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
4 Insentif intrinsik bermaksud keinginan mencapai kejayaan yang didorong oleh
A diri sendiri
B ibu bapa
C jurulatih
D guru pendidikan jasmani
5. Apakah kesan insentif intrinsik dan ekstrinsik kepada atlet?
A Lahir atlet yang mementingkan diri
B Semangat patriotisme semakin hilang
C Lahir atlet yang mengutamakan ganjaran dalam bentuk wang
D Meningkatkan semangat atlet untuk berlatih bersungguh-sungguh
6. Isu-isu sosiobudaya yang terdapat dalam sukan dan permainan termasuk
I permilihan permainan
II pemilihan pakaian
III pecah amanah
IV pemakanan seimbang
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
7. Permainan apakah dalam kumpulan status sosioekonomi yang tinggi?
A Ekuesterian
B Badminton
C Bola sepak
D Sepak takraw
8. Selain sekolah, agen sosialisasi juga terdiri daripada
A guru
B artis
C keluarga
D idola
9. Apakah peranan agen sosialisasi kepada seseorang dalam aktiviti sukan?
A Menaja pakaian sukan
B Menaja biasiswa pendidikan
C Menyediakan kemudahan alatan sukan
D Memperkenalkan dan mengajar kemahiran sesuatu permainan
10. Ciri-ciri pakaian sukan yang dipakai semasa cuaca panas ialah
I Baju lengan panjang
II Penyerap haba yang baik
III Berwarna cerah
IV Pakaian jenis nipis, lembut dan selesa dipakai
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
11. Nicol Ann David menjadi idola kepada peminatnya kerana
A mempunyai tingkah laku yang buruk
B mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
C memberi imej yang negatif kepada orang ramai
D mementingkan aktiviti sukan berbanding pelajaran
12. Antara berikut yang manakah menunjukkan amalan permainan bersih dikalangan
atlet?
A Menghormati perasaan penyokong lawan
B Mempertikaikan keputusan pengadil
C Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan
D Mengambil tindakan ke atas peserta yang bermain kasar
• mematuhi peraturan tempat pertandingan • menghormati perasaan penyokong lawan • menjaga kebersihan tempat pertandingan |
13.
Penyataan di atas berkaitan
dengan etika
A pemain
B penonton
C pengadil
D penjaga masa
Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 2
Tunjang : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
1 Berikan maksud Anoreksia Nervosa
A berhenti makan sebelum kenyang
B pengambilan pil pelangsing badan
C berlapar dan tidak sukakan makanan
D kunyah makanan dengan perlahan-lahan
2 Apakah maksud Bulimia Nervosa
A mematuhi jadual makan
B pengambilan pil-pil tambahan
C pengambilan makanan secara berlebihan
D memuntahkan makanan yang baru dimakan dengan cara mengorek tekak selepas makan
3 Nyatakan ciri-ciri penyakit Anoreksia Nervosa
A Berpeluh
B Tekanan perasaan
C Benci pada makanan
D Tidak melakukan senaman
Memuntahkan makanan yang baru dimakan
dengan cara mengorek tekak selepas makan
4 Penyataan di atas berkaitan dengan
A Malnutrisi
B Bulimia Nervosa
C Penyakit koronori
D Anoreksia Nervosa
5 Apakah penyakit yang disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat
I Anemia
II Beri-beri
III Bulimia Nervosa
IV Anoreksia Nervosa
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
6 Apakah 3 amalan pemakanan yang tidak sihat
I memuntahkan segala makanan
II mengamalkan makanan seimbang
III pengambilan pil pelangsing badan
IV berlapar dan tidak sukakan makanan
A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV
7 Antara ciri-ciri keluarga yang cemerlang
I selalu menghadapi masalah
II berkerjasama dan bertanggungjawab
III ikatan perhubungan keluarga yang erat
IV saling bantu membantu antara satu sama lain
A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV
8 Tip untuk menurunkan berat badan dengan betul
I ambil makanan yang berserat
II pengambilan pil pelangsing badan
III berlapar dan tidak sukakan makanan
IV makan makanan yang berkalori rendah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
9 Di antara komuniti dan keluarga yang manakah mempunyai ahli yang paling ramai
A Keluarga
B Sama rata
C Komuniti
D Tiada kaitan
10 Pilih penyataan yang benar mengenai tanggungjawab seorang bapa
A Menguruskan hal ehwal rumahtangga
B Mematuhi kehendak terlampau anak-anak
C Mentaati dan patuh kepada suruhan anak-anak
D Menyara kehidupan keluarga seperti makanan, minuman, pakaian, pelajaran, perubatan dan tempat tinggal yang sesuai
11 Berlapar dan tidak sukakan makanan dikenali sebagai
A Diet
B Malnutrisi
C Bulimia nervosa
D Anoreksia nervosa
12 Tanggungjawab utama sebagai seorang anak
A berlaku adil dengan ibu bapa
B mendidik dan menjaga adik-adik
C menghormati dan memuliakan ibu bapa
D sentiasa mengamalkan nilai-nilai kasih sayang
13 Pilih pernyataan benar mengenai kesan buruk amalan pemakanan yang tidak sihat
I Boleh menyebabkan kematian
II Kekurangan rembesan estrogen
III Gangguan pada denyutan jantung
IV Kandungan elektrolit badan seimbang
A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV
14 Peranan utama ibubapa ialah menyediakan
I komputer
II kasih sayang
III perlindungan
IV keperluan asas
A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV
15 Remaja hari ini sering dikaitkan dengan kegiatan tidak sihat seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, lumba haram. Gejala ini boleh dikaitkan dengan
A perbezaan nilai
B suruhan ibubapa
C ibubapa sibuk bekerja
D pengaruh rakan sebaya
16 Intitusi ini bertanggungjawab membantu keluarga mempelajari dan memahami
teknik pengukuhan institusi kekeluargaan. Namakan institusi ini
A JPN
B LHDN
C LPPKN
D MARDI
17 Amalan ini akan menjadikan pelajar lebih cergas semasa belajar di dalam kelas
A tidur waktu petang
B bersenam sekali seminggu
C mengambil sarapan setiap pagi
D mengambil makanan yang berkalori tinggi
18 Berikut ialah ciri-ciri keluarga bahagia
A Bersikap sombong
B Sentiasa bersikap negatif
C Bersenam tiga kali seminggu
D Ikatan kekeluargaan yang akrab
19 Amalan pemakanan tidak sihat berpunca daripada masalah psikologi individu yang ingin dipandang cantik dan menarik tanpa memikirkan kesan sampingan. Perkara ini dikaitkan dengan………………
A Osteoporosis
B Bulimia nervosa
C Anoreksia nervosa
D Pil pelangsing badan
20 Natasya seorang pelajar yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Beliau ingin menurunkan berat badannya. Pilih langkah-langkah yang dapat membantu Natasya menurun berat badannya.
I Ambil makanan berkalori rendah
II Lakukan senaman secara berjadual
III Kunyah makanan dengan perlahan-lahan
IV Makan antara tiga hingga empat kali sehari dalam jumlah yang kecil
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 2
Tunjang : GAYA HIDUP SIHAT
PEMAKANAN
1 Amalan pemakanan dalam gaya hidup yang sihat boleh mencegah penyakit
berikut kecuali
A penyakit kencing manis
B penyakit epilepsi / sawan.
C penyakit jantung koronari
D penyakit tekanan darah tinggi
2 Makronutrien ialah ………….
A zat makanan yang diperlukan untuk tumbesaran
B zat makanan yang diperlukan untuk mencegah penyakit
C zat makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit
D zat makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak
3 Fungsi mikronutrien adalah untuk …………..
A membekal tenaga untuk tubuh badan.
B membina tisu dan membaiki tisu yang rosak
C mempertahankan badan daripada serangan penyakit
D menjadi pelarut bagi sesetengah vitamin dan memanaskan badan.
4 Sesuatu makanan yang mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen dan
nitrogen dikelaskan dalam kumpulan
A lemak
B protein
C vitamin
D karbohidrat.
5 Karbohidrat diperlukan oleh badan untuk
A membekalkan tenaga
B meningkatkan tumbesaran
C menguatkan gigi dan tulang
D melawan serangan penyakit
6 Kumpulan makanan yang membekalkan karbohidrat ialah
A nasi, roti dan ubi kentang.
B ikan, daging dan ubi kentang
C mentega, susu , keju dan coklat
D nasi, daging dan sayur-sayuran.
7 Daging, ikan dan kekacang merupakan sumber makanan dalam kelas protein.
Kekurangan protein menyebabkan penyakit ..............
A skurvi
B anemia
C beri-beri
D kwashiorkor
8 Lemak dapat bertindak sebagai pembekal tenaga kepada badan. Berikut merupakan
fungsi lemak kepada badan kecuali
A pelarut vitamin dan hormon
B bertindak sebagai penebat haba
C melindungi jantung dan ginjal
D menyediakan kolesterol yang banyak kepada badan.
9 Badan manusia memerlukan vitamin dalam kuantiti yang kecil sahaja. Apakah fungsi
vitamin kepada badan?
A Membekalkan tenaga.
B Mengawal suhu badan
C Menghasilkan sel darah
D Mengekalkan kesihatan badan
10 Hati, tomato dan sayuran hijau mengandungi vitamin K. Apakah kepentingan
vitamin K kepada badan?
A Mengawal suhu badan
B Menjaga kesihatan kulit
C Menjaga sistem pembiakan
D Membantu pembekuan darah
11 Minyak ikan, minyak sayur dan cahaya matahari mengandungi vitamin D.
Kekurangan vitamin D dalam badan boleh menyebabkan ............
A kemandulan
B rabun malam
C darah sukar membeku
D penyakit riket dan osteoporosis
12 Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan penyakit skurvi iaitu
pendarahan gusi. Apakah jenis makanan yang mengandungi vitamin C ?
A susu
B telur
C buah limau
D hati haiwan
PENGURUSAN KONFLIK
1 Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan stres ?
A Selera makan meningkat
B Sakit kepala dan sukar tidur
C Degupan jantung meningkat
D Perasaan risau, bimbang, gelisah dan cepat marah.
2 Apakah nama lain bagi stres tahap ketegangan sederhana yang bersifat positif ?
A Ritress
B Eustress
C Protress
D Distress
3 Antara berikut, yang manakah BUKAN kaedah mengatasi stres?
A Merehatkan diri dengan secukupnya
B Mengelak berjumpa dengan orang lain
C Melakukan aktiviti riadah dan bersukan
D Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana.
PENYALAHGUNAAN BAHAN
1 Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan dadah terhadap tubuh individu ?
A Menyebabkan ketagihan
B Mengganggu sistem otak dan saraf
C Memudahkan tubuh mendapat penyakit
D Menyebabkan individu kehilangan kawan-kawan
2 Kenapakah berlakunya ketagihan ?
A Dadah sejenis bahan yang seronok untuk diambil
B Dadah akan membantu penagih melupakan masalah mereka
C Dadah mempengaruhi badan untuk mengambilnya berulang kali.
D Dadah perlu bagi membolehkan proses fisiologi badan berjalan saperti biasa.
3 Antara berikut, yang manakah kumpulan dadah ?
I Opiat
II Panadol
III Depresen
IV Canabinoid
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
4 Apakah yang dimaksudkan dengan `gejala tarikan’ ?
A Badan ketagihan kepada dadah
B Badan menerima kesan buruk daripada dadah
C Badan meningkatkan daya tahan ke atas dadah yang diambil
D Badan terganggu proses fisiologinya akibat dihentikan pengambilan dadah
5 Berikut ialah penyakit-penyakit akibat penagihan dadah, kecuali
A Mandul
B Sakit perut
C Kancing gigi
D Kencing manis
6 Apakah kesan penagihan dadah terhadap keluarga ?
I Rumah tangga menjadi porak peranda
II Mencemarkan maruah dan nama baik keluarga
III Hubungan mesra antara ahli keluarga akan terjejas
IV Penyakit yang dihidapi akan dijangkiti kepada ahli keluarga yang lain
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
7 Bagaimanakah cara bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala dadah ?
I Mendapat didikan agama
II Bergaul dengan sesiapa sahaja.
III Tidak mencuba dadah ataupun rokok
IV Merapatkan hubungan dengan ahli keluarga
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
8 Apakah yang dimaksudkan dengan penyalahgunaan dadah ?
A Mengambil dadah dalam kuantiti yang banyak
B Mengambil dadah dalam kekerapan yang tinggi
C Mengambil dadah sehingga menyebabkan khayal
D Mengambil dadah atau ubat-ubatan bukan untuk tujuan perubatan.
9 Seseorang individu boleh mencegah penyalahgunaan dadah dengan cara
I tidak merokok
II tidak bergaul dengan penagih dadah
III tidak mengamalkan pemakanan seimbang
IV tidak mencuba sebarang jenis dadah atau bahan terlarang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 2
Tunjang : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
- Mangsa dera, khasnya kanak-kanak lebih mudah terjebak dalam gejala
A bohsia, lepak, pelacuran, rogol dan gangsterisme
B bohsia, lepak, seks bebas, dadah dan gangsterisme
C bohsia, vandalisme, pelacuran, dadah dan gangsterisme
D bohsia, lepak, seks bebas, vandalisme dan gangsterisme
- Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 digubal untuk
I melindungi keselamatan mereka
II memberi pendidikan dan kasih sayang
III mencegah penglibatan dalam sosial negatif
IV memastikan mereka mendapat perhatian sewajarnya
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III, dan IV
- Fakta di atas merujuk kepada fungsi Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001
X mewakili
A. mengurangkan kesan masalah sosial
B. memberikan penjagaan dan perlindungan sempurna
C. mencegah pengabaian dan kehilangan kanak-kanak
D. memberi perlindungan untuk keselamatan kanak-kanak
- “Amir sering bersendirian, murung, bertubuh kurus dan kulitnya terdapat sedikit tanda kemerahan dan kebiruan.”
Penderaan jenis apakah yang dialami oleh Amir
A. Penderaan emosi, pengabaian dan buruh kanak-kanak
B. Penderaan mental , pengabaian dan penganiayaan fizikal
C. Penderaan mental dan emosi, pengabaian dan buruh kanak-kanakl
D. Penderaan mental dan emosi, pengabaian dan penganiayaan fizikal
- Kesan Pornografi dan psikologi yang dialami mangsa dera disebabkan oleh
I dilacurkan
II tragedi rogol
III dipukul dan dicekik
IV trauma sumbang mahram
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III, dan IV
- Penganiayaan fizikal, mental dan emosi, seks, ____________ dan _________ adalah bentuk penderaan yang biasa dialami oleh kanak-kanak
A ancaman dan ugutan
B pengabaian dan ancaman
C ancaman dan buruh kanak-kanak
D pengabaian dan buruh kanak-kanak
- Artikel 32 menyentuh mengenai
A Tindakan undang-undang terhadap pendera
B Tanggungjawab penjaga terhadap kanak-kanak
C Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak, PBB
D Konvensyen Hak Penjagaan dan Perlindungan Kanak-kanak
- Agensi yang mengendalikan kes penaniayaan kanak-kanak terdiri daripada Polis Di Raja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan _______.
A Badan Bukan Kerajaan
B Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
C Persatuan Perlindungan Kanak-kanak
D Pertubuhan Keselamatan Kanak-kanak Sedunia
- Pernyataan di bawah adalah mengenai sikap Ali.
* tidak suka bersosialisasi
* sesekali bertindak ganas
* menagih dadah
* ponteng sekolah.
Ali sebenarnya mengalami kesan penderaan
A Penderaan Emosi
B Penderaan Sosial
C Penderaan Psikologi
D Penderaan Fizikal dan Mental
- “Tumbesaran terjejas, badan kurus, dan gejala vandalisme.”
Golongan ini mengalami penderaan jenis
A Fizikal dan mental
B Fizikal dan pengabaian kanak-kanak
C Buruh kanak-kanak dan mental
D Buruh kanak-kanak dan emosi
pertolongan cemas
- Rawatan TOTAPS selepas _______ tidak memberi kesan.
A. EAR
B. CPR
C. RICE
D. DRABC
- Dalam usaha memberi rawatan bantu mula, kita perlu mematuhi
A. Prinsip bantu mula
B. Prosedur bantu mula
C. Perlakuan bantu mula
D. Pemulihan bantu mula
Soalan 3 hingga 7
Padankan prinsip dengan skema perlakuan
Soalan |
Prinsip |
|
|
Lakuan |
3 |
Danger |
|
A |
- Periksa dan dengar bunyi pernafasan - Lihat pergerakan dada |
4 |
Airways |
|
B |
- periksa bahagian karotid atau radial |
5 |
Breathing |
|
C |
- Pastikan situasi selamat |
6 |
Circulation |
|
D |
- Pastikan salur pernafasan Tidak tersekat |
T = Talk
O = Observe
T = Touch
A = Active
P = Passive
S = Skills
- TOTAPS adalah satu kaedah membuat penilaian tehadap kecederaan mangsa setelah menerima rawatan awal. Jika kecederaan pada bahagian bahu apakah yang dimaksudkan dengan P=Passive
A mangsa hanya dapat menggerakan kurang sepertiga bahagian yang
cedera
B mangsa hanya dapat menggerakan kurang separuh bahagian yang cedeera
C mangsa hanya dapat menggerakan kurang duapertiga bahagian yang cedera
D mangsa hanya dapat menggerakan kurang sepenuhnya bahagian yang cedera
SKEMA JAWAPAN PJPK TINGKATAN 2
BAB 1 : KECERGASAN
1 D 21 B 41 D 61 B
2 C 22 D 42 D 62 D
3 A 23 C 43 A 63 B
4 D 24 B 44 A 64 D
5 A 25 C 45 C 65 D
6 A 26 B 46 C 66 D
7 B 27 C 47 B 67 A
8 D 28 D 48 B 68 D
9 D 29 A 49 D 69 A
10 C 30 A 50 B 70 A
11 D 31 B 51 D 71 B
12 A 32 C 52 C 72 A
13 B 33 C 53 D 73 D
14 C 34 D 54 B 74 D
15 C 35 A 55 B 75 C
16 D 36 A 56 A 76 C
17 A 37 D 57 D 77 A
18 A 38 B 58 D 78 C
19 C 39 B 59 D 79 D
20 A 40 A 60 C
BAB 2 : KEMAHIRAN
2.1 Permainan :
Bola Baling
1 B 5 A
2 D 6 D
3 C 7 B
4 C 8 D
Badminton
1 A 5 C
2 A B
3 D 7 A
4 D
2.2 Olahraga :
Merejam Lembing
1 C
2 B
3 C
4 C
5 A
Lari Berganti-ganti
1 B
2 C
3 B
4 A
5 A
6 D
7 B
8 A
2.3 Pndidikan Pergerakan
1 D 11 A
2 D 12 D
3 C 13 A
4 C 14 B
5 B 15 D
6 C 16 B
7 A 17 D
8 A 18 D
9 D 19 A
10 C 20 D
2.4 Rekeasi & Kesenggangan
1 D
2 B
3 A
4 B
5 D
6 B
7 C
8 D
9 D
10 B
BAB 3 : KESUKANAN
1 B
2 D
3 C
4 A
5 D
6 A
7 A
8 C
9 D
10 D
11 B
12 C
13 B
BAB 4 : KESELAMATAN DIRI & KELUARGA
1 C 11 D
2 D 12 C
3 C 13 A
4 B 14 D
5 C 15 D
6 C 16 C
7 D 17 C
8 D 18 D
9 C 19 D
10 D 20 A
BAB 5 GAYA HIDUP SIHAT
Pemakanan
- B
- D
- C
- B
- A
- A
- D
- B
- D
- D
- D
- C
Pengurusan konflik
1. A
2. B
3. B
Penyalahgunaan bahan
1. D
2. D
3. C
4. D
5. D
6. A
7. C
8. D
9. B
BAB 6 : KEBERSIHAN & KESELAMATAN PERSEKITARAN
Akta dan undang-undang
1 B
2 C
3 D
4 D
5 B
6 D
7 C
8 C
9 B
10 B
Pertolongan Cemas
1 D
2 A
3 C
4 D
5 A
6 B
7 A
No comments:
Post a Comment