Terima Kasih atas sumbangan bahan dalam blog ini. Ada yang saya creditkan pada penyumbang dan ada juga yang tidak diketahui siapa penyumbangnya..

Saturday, August 29, 2020

SEJARAH TINGKATAN 3 : LATIHAN ESEI Bab 1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 

TINGKATAN 3 BAB 1 KEDATANGAN KUASA BARAT

 

Soalan 1

Negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah kaya dengan bahan mentah dan kawasan pasaran menyebabkan kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk menakluki tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka.

 

(a)    Perkembangan di Barat pada abad ke-19 dan ke-20 telah membawa kesan kepada kawasan Alam Melayu. Terangkan faktor-faktor kuasa Barat datang ke negara kita pada abad ke-19 dan ke-20.  [6 markah]

 

F1 Perkembangan industri kereta meningkatkan permintaan terhadap getah asli

F2 Negara kita mempunyai tanah yang subur untuk pertanian

F3 Industri rnengetin makanan meningkatkan permintaan terhadap bijih timah

F4 Pembukaan Terusan Suez mempercepatkan urusan perdagangan

F5 Ciptaan kapal wap membolehkan penghantaran barang dagangan secara mudah dan murah

F6 Persaingan kuasa Barat untuk meluaskan tanah jajahan mereka

F7 Ciptaan telegraf menyebabkan penglibatan Tanah Melayu dalam perdagangan antarabangsa semakin penting

F8 Slogan Beban Orang Putih digunakan untuk menjustifikasikan peluasan kuasa

 

(b)   "British telah menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita.” Buktikan pernyataan tersebut. [10 markah]

 

F1 Strategi manipulasi

F2 Menduduki Singapura dengan mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor

F3 Strategi tipu helah

F4 Menduduk Pulau Pinang setelah Francis Light berbohong kepada SultanKedah

F5 Strategi pakatan

F6 Menguasai Melaka dengan berpakat dengan Belanda dalam Perjanjian Inggeris Belanda 1824.

F7 Strategi ugutan / desakan

F8 Mendesak Sultan Selangor menerima perlindungan (berikutan peristiwa serangan lanun ke atas kapal dagang British di Kuala Langat dan serangan ke atas Rurnah Api di Tanjung Rachado)

F9 Strategi perjanjian

F10 British campur tangan di Perak melalui Perjanjian Pangkor 1824

F11 Strategi pajakan

F12 British menguasai Sabah melalui pajakan dan pemberian Piagam Diraja kepada SBUB

F13 Strategi serangan fizikal

F14 British memelihara kuasanya di Naning dengan menyerang Penghulu Dol Said

 

(c)    Sebagai seorang pemimpin negara, apakah langkah-langkah yang dapat anda lakukan bagi menghadapi strategi British untuk menguasai negara kita? [4 markah]

 

F1 Menyatupadukan rakyat

F2 Mentadbir dengan adil dan saksama

F3 Sentiasa berwaspada terhadap kuasa luar

F4 Mengukuhkan ekonomi negara

F5 Wewujudkan kestabilan dalam negeri

F6 Menanamkan semangat patriotisme pada rakyat

 

No comments:

Post a Comment

POPULAR POST